Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji
Maliah Surip
08/06/2024 14:52 MYT
08/06/2024 14:52 MYT
Raffi Ahmad bersama isteri, Nagita Slavina dan beberapa ahli keluarga kini dalam perjalanan menuju Mekah untuk mengerjakan haji.
Sebelum berlepas ke Tanah Suci menjadi tetamu Allah untuk musim haji tahun ini, Raffi mengadakan majlis doa selamat dan sekaligus bertemu media tempatan.
Raffi memberitahu soal persiapan diserahkan kepada isteri namun dia lebih memberi fokus terhadap dirinya sendiri.
“Sejujurnya saya serahkan persiapan semua pada isteri. Saya ikhlas dan tidak mahu mengeluh kerana ini ibadat haji.
“Seminggu terakhir saya istighfar tidak putus dan lakukan solat taubat selama beberapa hari terakhir,” kata Raffi seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Berbanding dirinya, Raffi memberitahu Nagita lebih banyak menangis kerana bimbang untuk meninggalkan dua anak lelaki mereka.
“Nagita menangis risau pada Rayyanza dan Rafathar,”katanya lagi.
Namun selagi belum sampai ke kota Mekah, hos tersebut mengaku berdebar mengenangkan dia pernah gagal naik haji tahun lalu.
“Saya sangat berdebar kerana tahun lalu hajat naik haji tidak kesampaian.
“Jadi kali ini memang sangat berdebar dan harap berjalan lancar,” katanya lagi.
Raffi dan keluarganya berangkat mengerjakan haji menggunakan visa furada.
Sebelum berlepas ke Tanah Suci menjadi tetamu Allah untuk musim haji tahun ini, Raffi mengadakan majlis doa selamat dan sekaligus bertemu media tempatan.
BERITA TRENDING: Raffi Ahmad Minta Bukti Terbabit Penggubahan Wang Haram Kerana Terlalu Kaya
BERITA TRENDING: Raffi Ahmad Ditahan Imigresen Kerana Bawa Terlalu Banyak Wang Tunai
BERITA TRENDING: Dipukul Di Sekolah, Raffi Ahmad Sediakan Juara MMA Ajar Anak Bela Diri
Kepada media, Raffi menceritakan persiapan yang dijalankan sebelum menunaikan rukun Islam kelima itu.Raffi memberitahu soal persiapan diserahkan kepada isteri namun dia lebih memberi fokus terhadap dirinya sendiri.