“Sedarlah Kau Yang Positif”- Fara Mendoza Dituduh Terlibat Dengan Pelacuran & Dadah?
Pelakon yang kini bergelar personaliti media sosial, Fara Mendoza menafikan dia terlibat dalam kes pelacuran dan dadah seperti mana yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.
Menurut Fara, video yang tersebar itu hanya membabitkan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pergi ke kelab sahaja.
“Berani kerana benar. Tak ada kena tangkap memana kes pelacuran dan dadah.
“Hanya kesalahan langgar SOP pergi ke kelab dan video yang tular adalah semasa jalan keluar kelab balik ke rumah.
“Selepas urine negative, dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.
Tambahnya, dia hairan apabila ada yang cuba memfitnah dia ditahan atas kesalahan melacur dan dadah.
“Tak habis-habis fitnah aku tak faham apea yang ko nak dalam hidup ko.
“Sedarlah diri kau yang positive dadah, kenapa nak fitnah aku pulak, it’s okay, pembalasan Allah terhadap mu menyusul,” katanya menerusi satu posting di Instagram.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen meminta supaya Fara bersabar dengan fitnah tersebut.
Pun begitu ada juga yang cuba menyarankan supaya Fara memfailkan saman terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.