Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sedih Baca Kes Pelajar Maut Jatuh Bangunan, Cikgu Debbie Titip Kata Nasihat- “Jangan Mudah Putus Asa..”

Umirah Halim
03/10/2024 18:55 MYT

Pencipta konten, Debbie Soh Kim Lian atau lebih dikenali sebagai Cikgu Debbie meluahkan rasa terkilan susulan berita pemergian pelajar 13 tahun yang dipercayai maut akibat jatuh dari tingkat 8 bangunan sekolah.

Beri nasihat

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Cikgu Debbie atau nama sebenarnya Debbie Soh Kim Lian, menitipkan kata nasihat berkaitan kepentingan menyayangi diri sendiri dan tidak menghiraukan pendapat orang lain.

A post shared by Debbie Soh (@cikgudebbie)

“Sedih hati saya apabila membaca berita tentang kes pelajar 13 tahun b*nuh diri.

“Pelajar perlu tahu mereka seorang insan yang bagus, awak cukup baik dan cukup.

“Awak tak patut rasa tak cukup, tak perlu rasa kamu teruk. Awak perlu tahu hidup tidak perlu ditentukan oleh orang lain.

“Apa-apa yang orang lain cakap, itu adalah mulut mereka. Awak patut kawal hati sendiri. Jangan simpan dalam hati,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

BERITA TRENDING: Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

BERITA TRENDING: Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

BERITA TRENDING: PAPUH Nafi Dakwaan Terlibat Kartel Pakej Umrah

Sementara itu, wanita berusia 38 tahun itu turut mengingatkan para pelajar yang lain supaya tidak mudah putus asa ketika menghadapi masalah hidup.

“Kamu masih muda lagi, banyak lagi masa.

“Jangan pernah ada pemilkiran mudah putus asa, jangan buat perkara itu,” tambahnya lagi.

Terdahulu, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah sekitar pukul 6

petang pada Selasa.

Mangsa merupakan pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kuen Cheng, Bukit Seputeh, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, polis mengesahkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan sedang dijalankan.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa ada memuat naik video yang merutun jiwa ke platform media sosial, menzahirkan penghargaan kepada individu yang sentiasa bersama dengannya ketika susah dan senang.

Sumber: China Press
#Cikgu #Pelajar #Nasihat #debbie #jatuh bangunan
;