Pelakon Ashraf Muslim bersyukur kerana akhirnya dia dapat menyahut seruan Ilahi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Ashraf berangkat ke tanah suci pada jam 9 pagi tadi dan akan menjalankan Rukun Islam yang kelima selama 40 hari di sana.
Ashraf menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan perkara tersebut dan meminta semua pihak mendoakan urusannya dipermudahkan serta mendapat haji yang mabrur.
“Bismillahirrahmanirrahim... Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah swt untuk menyahut seruannya bagi menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5.
“Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya.
“Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu untuk menjalankan tanggunjawab yang paling agung.
“Doakan saya supaya dapat haji yang mabrur dan memberi kesihatan yang cukup disana. Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah swt..
“Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah swt saya dapat menunaikan haji,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya yang berada di lapangan terbang sebelum berangkat ke tanah suci.
Meskipun teruja untuk menunaikan ibadah tersebut, namun Ashraf tidak dapat menyembunyi perasaanya yang hiba untuk meninggalkan kedua-dua isterinya, Noor Dayana dan Wan Sakinah serta anak-anaknya.
“Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi inilah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah orang sekeliling yang menyayangiku.
“Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah... Anak-anakku Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman untuk dimarah, teman untuk mengadu, teman untuk bermain-main, teman berkasih sayang, teman untuk ber'spiderman', teman untuk bersilat, teman untuk main tembak-tembak, teman untuk makan, teman bergosip, teman untuk main rumah-rumah dan masak-masak teman untuk tidur dan teman untuk segala-segalanya.
“Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jangan sedih dan risau... love you all so much,” katanya lagi
Rata-rata turut mendoakan agar urusan Ashraf dipermudahkan serta selamat pergi dan balik.
Hasil perkahwinan Ashraf dengan kedua-dua isterinya, pelakon itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3, Adam Ashraf, 2, dan Safiyyah Ashraf, 1.