Hiburan
Sedih Tengok Muka Polis Berbelang, Netizen Mahu Syarikat Besar Sponsor Sunblock!
Baru-baru ini viral gambar memaparkan wajah dua anggota polis yang berbelang akibat 'sunburn' atau terdedah dengan cahaya matahari.
Semuanya selepas gambar terbabit dimuat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Faiz Zainal.
"Anggota PDRM yang buat sekatan jalan dan berpanasan sampai berbelang muka. Terima kasih untuk khidmat anda," katanya.
Posting tersebut kemudian menyentuh perasaan ramai netizen yang rata-ratanya terharu dengan pengorbanan pihak berkuasa.
Namun, apa yang menarik posting tersebut turut 'dibanjiri' dengan komen yang meminta supaya pihak korporat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi sumbangan krim 'sunblock' atau pelindung matahari.
"Saya mahukan syarikat besar sponsor sunblock untuk mereka," kata seorang pengguna Twitter.
"Kesiannya, tolong sponsor mereka sunblock please," kata seorang lagi pengguna Twitter.
Anda boleh lihat antara cadangan mereka di bawah.
I want big companies to sponsor sunblock to them.— NARUTONG (@jedi_of) April 12, 2020
Must-Watch Video