Personaliti serba boleh dan versatil, Ifa Raziah menafikan sekeras-kerasnya dia membuat prosedur sedut lemak untuk mendapatkan bentuk badan seperti sekarang.
“Saya kurus sebab sedut lemak? Alahai...saya belum buat lagilah! Tapi nawaitu tu ada...Itu yang semua orang nak dengar saya cakapkan?
“Selagi saya bercakap benda betul, orang tak nak percaya. Kenapa? Nak kena keluar benda ‘panas’ dari mulut Ifa Raziah baru orang puas hati ke?,” katanya dalam nada gurauan kepada Astro Gempak.
Kata Ifa lagi, sebelum ini ramai sudah tahu tentang rutin diet yang dipraktikkan iaitu, makan telur sebanyak 10 biji sehari.
Bagaimanapun kata Ifa dia mulai muak selepas seminggu mengamalkan diet tersebut.
“Tak boleh tahanlah makan telur hari-hari. Sebab itu saya ‘kamikaze’ diet cara saya sendiri iaitu dengan menolak semua makanan pepejal dan minum air sahaja.
“Saya tidak nafikan dimarahi doktor kerana diet rejim saya ini, tetapi demi memenuhi tuntutan kerjaya saya ‘langgar’ sahaja.
“Saya tak sarankan orang luar ikut cara diet saya ini, tapi ada sesuatu bakal saya kongsikan kepada peminat di luar sana tentang penurunan berat badan saya ini.
“Ada sesuatu yang saya amalkan, tunggu Januari nanti saya akan kongsikan kepada semua,”jawabnya jujur.
Ifa ditemui ketika memperkenalkan produk keluarannya sendiri, Diva’s Secret di Hotel Concorde Shah Alam baru-baru ini.
Produk kosmetik dan kecantikan Diva’s Secret terdiri daripada pencuci muka, face mist, dua pilihan bulu mata dan gincu jenis matte yang didatangkan dalam lapan pilihan warna.
Foto: Instagram Ifa Raziah
Fiza Kamarudin
Tue Nov 21 2017
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.