Laman Utama

Sedut Picagari Biru, Suntik Picagari Merah... Doktor Tampil Jawab Kemusykilan Netizen

gempak
Amri Hassan
25/02/2021
00:25 MYT
Sponsor Banner
Sedut Picagari Biru, Suntik Picagari Merah... Doktor Tampil Jawab Kemusykilan Netizen
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada Rabu.
Bagaimanapun, muncul pula kekeliruan dalam kalangan netizen apabila warna picagari yang digunakan berubah-ubah ketika prosedur suntikan dijalankan.
Ada yang tampil dengan pelbagai hujah dan pendapat hingga seorang pengguna Twitter, @DrRadzi yang dipercayai bertugas sebagai seorang doktor tampil menjelaskan tentang hal yang tular itu.
"Kepada yang bertanya kenapa jarum bertukar. Sila bertanya pada yang ahli sebelum membuat penilaian. Janganlah syok sendiri.
"Sedut pakai jarum biru, adalah prosedur biasa. Kadang kita pakai jarum hijau. Tak kisah pakai jarum apa pon, jarum yang kita sedut ini akan dibuang.
"Ulang suara, JARUM INI AKAN DIBUANG.
"Kemudian, kita akan ambil jarum lain yang baru (bukak plastik), untuk mengekalkan steriliti atau kebersihan. Jarum tadi dah cucuk botol, kat botol tu tak tau ada kuman apa, takkan nak cucuk kulit pakai jarum yang cucuk botol.
"Lagipun saiz jarum berbeza," jelasnya. Relevannya penggunaan jarum yang berbeza-beza kerana faktor tekanan ketika sedutan dari botol vaksin.
"Korang nak ke kami suntik pakai jarum besar-besar? Tak nak kan? Ha jarum yang dicucuk ke kulit tu kecik halus je.
"Berbanding jarum yang dipakai untuk sedut dari botol. Jarum sedut kena besar sikit supaya pressure kurang sikit. Kalau tak susah nak sedut.
"Kita sebenarnya takut pada benda yang kita tidak tahu.
"Jadi apa yang kita perlu buat, cari tahu. Ambil tahu. Belajar dari orang yang tahu. Dan banyakkan meneliti dari bagi komen yang melulu.
"Tak marah, nasihat," tambahnya.
Menurut kemaskini yang dikongsikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, sehingga pukul 4 petang semalam, seramai 505,565 pengguna telah mendaftar untuk suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live