Laman Utama
“Sejam Sebelum, Doktor Beritahu Abah Stabil…” - Bapa Sherie Merlis Meninggal Dunia Dalam Tidur
Pelakon Sherie Merlis memaklumkan bapa kesayangannya, Wan Zainal Abidin Wan Kassim meninggal dunia pada jam 9:30 pagi tadi.
Menurut Sherie, bapanya mengadu sakit dada sebelum dikejarkan ke hospital pada jam 5 pagi tadi.
“1 Oktober 2021, Jumaat bersamaan 23 Safar tahun 1443, abah saya telah kembali ke rahmatullah setelah mengalami serangan jantung.
“Pada jam 5 lebih pagi tadi, adik saya telah membawa dia ke hospital apabila abah mengadu sakit dada.
“Satu jam sebelum abah meninggal, doktor ada beritahu abah okay dan sudah stabil. Abah kemudiannya disahkan meninggal pada jam 9:30 pagi dalam keadaan dia tidur.
“Doktor cakap semua sistem dalam tubuhnya gagal berfungsi dan pihak hospital sudah cuba lakukan rawatan pernafasan selama 15 minit.” katanya.
Bapa Sherie, Wan Zainal Abidin Wan Kassim juga baru sahaja melepasi hari lahirnya yang ke 75 tahun pada tanggal 26 September lalu.
Sebelum ini, Sherie pernah berkongsi mengenai kesulitan keluarganya apabila terpaksa berdepan dengan situasi Covid-19 setelah seorang daripada adiknya disahkan positif.
Must-Watch Video