,
Laman Utama

Sejarah Tercipta! Astro Bawa Netflix Di Ultrabox & Ultibox

Maliah Surip
24/06/2021
09:12 MYT
Astro dan Netflix hari ini mengumumkan telah memeterai penjanjian strategik yang akan membawakan perkhidmatan penstriman terkenal Netflix ke platform Astro, sekaligus bakal memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa kepada para pelanggan Astro.
Pelanggan Astro bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi kotak Ultra, sejurus selepas kerjasama tersebut dilancarkan dan menerusi Kotak Ulti dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang.
Ini merupakan antara ciri-ciri kefungsian terbaharu yang diperkenalkan bagi mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro.
Menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.
Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata, “Kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati.
"Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia."
Tony Zameczkowski, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix berkata, “Rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo, kami percaya bahawa kisah-kisah terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia. Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro kerana kerjasama tersebut membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.”
Dapatkan maklumat lanjut dan info mengenai pendaftaran di https://astro.com.my/Netflix.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!

gempak
12/11/2024
08:25 MYT
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
gegar-vaganza-11

Gegar Vaganza 2024 (GV11) – Musim Ke-11 Bermula dengan Barisan Bintang Terhebat di Malaysia

gempak
06/11/2024
10:26 MYT
Gegar Vaganza 2024 (GV11) kembali dengan 14 peserta hebat seperti Ronnie Hussein, Nai Dinamik, dan Ning Baizura, serta penampilan penyanyi legendaris dari Indonesia. Saksikan aksi mereka secara langsung di Astro Ria atau strim melalui Astro GO dan sooka, bermula 24 November 2024
Viral

Individu Luah Rasa Kurang Senang Dengan Kemudahan Tandas Awam Di Malaysia - “Berhenti Menormalkan Tandas Tanpa Bidet"

gempak
03/11/2024
09:25 MYT
Tular di platform X dimana seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kemudahan tandas awam di Malaysia kerana kebanyakannya tidak mempunyai bidet atau dikenali sebagai alat pencuci.
Hiburan

TOP Bigbang Muncul Dalam Trailer Squid Game 2, Peminat Tanya: “Jadi Villain?”

gempak
03/11/2024
08:55 MYT
Menerusi trailer yang dikongsikan, bukan hanya kemunculan Lee Jung jae yang kembali membawa watak Seong Gi hun menimbulkan keterujaan sebaliknya satu watak baharu telah berjaya mencuri perhatian peminat.
Unitar