Laman Utama

“Sekarang Pakai Tudung Lima Minit je” - Ernie Zakri Throwback Waktu Mula-Mula Berhijab

gempak
Azwa Rahman
02/12/2020
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Sekarang Pakai Tudung Lima Minit je” - Ernie Zakri Throwback Waktu Mula-Mula Berhijab
Penyanyi Ernie Zakri mengimbau kembali sewaktu dia pertama kali mengenakan tudung sekitar bulan Mac tahun ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Ernie memuat naik beberapa keping foto dirinya yang berhijab dengan gaya yang cukup ringkas.
“Hello Disember 2020. Throwback to the time I learned how to style my hijab. Alhamdulillah for everything.
“Now it took me 5 minutes to do it. (Samada cepat sebab dah teror or sebab malas?),” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ernie tampil manis mengenakan tudung bawal dengan pelbagai stail yang mudah digayakan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memuji penampilan Ernie yang kini semakin ayu dan sopan.
“You are so beautiful in hijab. Lagi manis kalau labuhkan sikit kak Ernie. Takpe, sikit-sikit,” pesan seorang wargamaya.
“Yang lebih membahagiakan adalah kak Ninie berhijab kerana Allah. Moga terus istiqamah dan berkualiti sebagai wanita muslim,” kata seorang wargamaya.
“Style apa-apa pun sesuai dengan muka kak Ninie,” puji seorang wargamaya.
“Style malas pun kak tetap nampak ayu dan manis,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 26,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sekadar info, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakrie pernah berjanji dalam diri, tahun 2020 menjadi titik penghijrahan buatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live