Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri memberi kenyataan balas dipercayai ditujukan kepada usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM.

Menurutnya, apabila seseorang itu sentap dengan teguran, maka ia menunjukkan mereka mempunyai iman dalam diri.

“Berubahlah kerana nyawa ini bukan dalam kawalan kita. Sekejap je Allah boleh tarik.

“Ramai yang jadi jutawan dengan berniaga dan membuat iklan yang patuh syariah.

“Maka rezeki mereka akan berkat, tetapi jika sebaliknya pasti tiada keberkatan dalam rezekimu, sekali pun banyak,” katanya.

Biarpun tidak menyebut nama Kak KM, namun rata-ratanya bertanggapan ia dituju kepada usahawan tersebut.

Ini kerana baru-baru ini, Kak KM muncul di sebuah video sebuah portal yang menyatakan tindakan PU Syed hanya untuk menumpang popularitinya.

Malah, Kak KM dikatakan berang apabila PU Syed mengatakan dia berniaga dengan cara dosa.

“Aku bukan jual ba**, bukan jual benda haram. Kenapa nak cakap aku berosa duit tak berkat

“Kau jangan ambil kerja tuhan, aku dah cakap banyak kali,” katanya.

Terdahulu, isu antara PU Syed dan Kak KM mula tercetus apabila pendakwah itu memuat naik satu posting menasihati usahawan tersebut.

“Untuk makluman ambe dah beberapa kali tegur Kak KM ni, namun tiada hasil.

“Kita hanya mampu doa, moga dia sedar. Tubuhnya itu bukan seperti haiwan yang boleh ditonton senang-senang oleh makhluk lain, kecuali mahramnya sahaja.

“Bahagian dunia ni sementara sahaja, celaka di akhirat adalah yang paling sengsara.

“Berniaga dengan cara dosa, maka rezekimu tidak berkat bahkan mendatangkan dosa,” katanya.

A post shared by SYED MOHD BAKRI BENYAHYA (@pusyed_official)