Skip to main content

Berita Tempatan

"Sekiranya Nasib Saya Membawa Saya Ke Bawah Semula, Saya Bersedia" - Amylea

amyleabefunky-collage.jpg
Penyanyi berbakat, Amylea Azizan bersedia sekiranya kerjaya nyanyiannya jatuh semula seperti yang dialaminya sebelum ini.

Menurut Amylea, perasaan kecewa atau 'down' yang dialami ketika kejatuhan karier merupakan perkara penting kerana ia dapat membakar semangat dan membuatkan dia lebih menghargai penat lelahnya ketika melalui fasa kejayaan.

"Saya dah biasa rasa berada di bawah sebelum ini, alhamdulillah, kerjaya saya sekarang agak stabil, tapi sekiranya nasib saya membawa saya kebawah semula, saya bersedia.

"Dari situ saya akan mencari jalan untuk berusaha lebih keras dan tampil dengan hasil kerja yang lebih baik.

"Saya jenis yang tidak mudah berputus asa, ramai juga rakan artis yang telah 'move on' meninggalkan industri muzik kerana tak mampu bertahan, tapi saya tetap akan terus berjuang dalam industri ini," kata Amylea kepada Gempak.

Amylea mulai muncul di industri hiburan tanah air menerusi program Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3), tidak lama selepas itu, namanya hilang seketika dan kini kembali mengukuhkan kerjayanya selepas kemunculan bersama Kaer dalam lagu Tak Pernah Hilang tahun lalu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video