BERITA
“Sekuat-Kuat Orang Lelaki Kalau Sampai Ke Tahap Ni Akan…”- Raqib Berdebar Tasha Sudah Dimasukkan Ke Hospital
Penyanyi Raqib Majid akui berdebar selepas isterinya, Tasha Manshahar dimasukkan ke hospital dan bakal bersalin tidak lama lagi.
Raqib meminta agar urusan proses bersalin Tasha dipermudahkan.
“Tasha dah warded. Saya minta doa awak semua untuk permudahkan urusan kami
“Doakan diberi kelancaran, kemudahan dan keselamatan untuk isteri dan anak saya. Perasaan saya bercampur baur. Happy, takut, gembira, cuak. Semuanya ade.
"Ini pengalaman pertama kami kan. Dan saya akan ikut tasha masuk ke labour room inshaALLAH. Sayu saya tengok wajah dia. Tapi saya kena kuat supaya tasha pun kuat
“Saya post ini bukan suka-suka tapi saya yakin dengan berkat doa awak semua akan membantu urusan isteri dan anak saya dipermudahkan. Sekuat2 seorang lelaki kalau sampai ke tahap ni akan berdebar juga,” tulisnya.
Raqib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video sedang membaca al-Quran bersama isterinya ketika berada di hospital.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
Tasha dan Raqib mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Must-Watch Video