Laman Utama

“Sekufu Ke Apa Ke, Kita Letak Tepi” - Intan Najuwa Berkahwin Bukan Atas Dasar Harta Tapi…

gempak
Asyikin Mayudin
02/09/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
“Sekufu Ke Apa Ke, Kita Letak Tepi” - Intan Najuwa Berkahwin Bukan Atas Dasar Harta Tapi…
Pelakon Intan Najuwa tampil menjawab komen-komen netizen yang mengatakan dia berkahwin dengan Datuk Ahmad Asraf Azman disebabkan ‘sekufu’.
Intan menerusi video temu bual di TikTok Mingguan Wanita berkata dia sentiasa menyerahkan soal jodoh kepada Allah dan bersyukur dikurniakan seorang suami yang terbaik.
“Siapa saya nak pertikaikan soal jodoh… kita boleh cari, plan macam mana pun, ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Alhamdulillah, apa yang saya bersyukur sekarang ini adalah Allah bagikan saya jodoh terbaik.
“Sekufu ke apa ke, kita letak tepi. Bukannya kita boleh buat keputusan jodoh kita siapa atau apa, paksa macam mana pun, jodoh Allah tentukan,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Intan turut mendedahkan suaminya berasa gembira apabila menerima pujian mengatakan wajah seperti ‘baby face’.
“Saya tengok sama saja, sebab kita tengok muka dia hari-hari. Jadi macam ha baby face ha kejap tua, macam saya tengok dia hari-hari macam tak ada perbezaan pun, sama saja.
“Dia suka la, daripada orang cakap dia tua, baby face macam ‘you orang cakap I baby face you’. Sangat gembira, sebab pujian kan,” ujarnya.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos lalu.
BACA SINI: Intan Najuwa Kenal Suami Ketika Sedang Minum Kopi - "Tak Sangka 'Tersangkut'"
BACA SINI: Intan Najuwa Kahwin Tapi Ibu Yang Jadi Perhatian Netizen - “Cantiknya Mak Dia, Ingatkan Kakak”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live