Laman Utama

Intan Najuwa Kenal Suami Ketika Sedang Minum Kopi - "Tak Sangka 'Tersangkut'"

gempak
Amri Hassan
19/08/2023
08:45 MYT
Sponsor Banner
Intan Najuwa Kenal Suami Ketika Sedang Minum Kopi - "Tak Sangka 'Tersangkut'"
Pelakon cantik Datin Intan Najuwa yang baru melangsungkan pernikahan bersama usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada Jumaat berkongsi detik pertemuan mereka.
BACA: Selamat Bernikah Dengan Datuk Ahmad Asraf, Intan Najuwa Terima Wang Hantaran RM222K
Bercakap kepada Harian Metro, kata Intan, pertama kali mereka berjumpa pada akhir tahun 2021.
Ketika itu katanya, Datuk Ahmad Azraf, 39, sedang minum kopi bersama rakannya di sebuah kafe.
"Detik pertemuan kami tidaklah begitu istimewa pun. Kami jumpa kerana kawan-kawan juga sebab kawan baik Asraf adalah kawan saya juga.
"Kita berjumpa, bertegur sapa dan tak sangka pula sampai sekarang 'tersangkut'," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai rahsiakan perhubungan dengan Datuk Ahmad Azraf, kata Intan dia berpegang pada kata-kata orang tua.
"Sebelum ini pun, bukan sengaja saya nak rahsiakan atau beri kejutan, tetapi sebab saya ingat orang tua-tua kata hal merisik, hal bertunang diamkan dulu supaya tidak ada perkara tidak diingini berlaku di masa akan datang.
"Alhamdulillah hari ini (semalam) dah sah suami isteri, kita beritahu semua," ujarnya.
Intan dan Ahmad Azraf selamat melangsungkan pernikahan pada Jumaat di Desaru Coast, Johor.
Dalam majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.
Angka dua diambil sempena simbolik kepada tempoh perkenalan pasangan dua sejoli itu yang masuk tahun kedua.
Sumber: Harian Metro, Fizi Woo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live