Tidak dinafikan selepas sekian lama duduk di rumah, sedikit sebanyak memberi impak kepada emosi semua orang.

Apatah lagi apabila memikirkan anak-anak yang sudah lama tidak keluar bersosial dan asyik ‘berkurung’ di rumah gara-gara pandemik Covid-19.

Ketika ini peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan emosi dan kesihatan mental anak-anak terjaga dengan baik.

Pelakon Ahli Bapak-Bapak Club, Steve Yap misalnya, memilih untuk berkhemah bersama anak kesayangannya di hadapan rumah.

Lebih ‘sweet’ lagi apabila Steve turut menyediakan makanan dan meluangkan masa bersama puterinya sepanjang ‘perkhemahan’.

“At least still can camping (Sekurang-kurangnya masih boleh berkhemah),” tulis Steve menerusi sebuah perkongsian.

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi daripada pelakon Pablo Amirul yang memuji Steve.

“Mung (awak) bapak paling style and modern!,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, jangan lupa menyaksikan lakonan Steve dalam drama Ahli Bapak-Bapak Club episod kelapan malam ini.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Steve memegang watak sebagai Nik yang terlalu sayangkan isterinya Fisya dan cuba mengambil hati anak-anak tirinya.

Bagaimanapun Nik berasa tergugat apabila bekas suami Fisya, Qadir keluar dari penjara. Adakah Qadir akan menghancurkan kebahagian Nik dan Fisya?

Selain Steve dan Maria Farida, Ahli Bapak-Bapak Club turut dibintangi Aiman Hakim, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Luqman Hafidz, Fizz Fairuz, Datin Ziela Jalil dan Amir Masdi.

Drama arahan Tam Suhaimi ini juga boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsian santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilkan karakter utama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.