HIBURAN
“Selagi Siti Nurhaliza Tidak Mengeluh Penat, Kita Di Bawah Jangan Kata Penat” - Hael Husaini
Penyanyi dan komposer, Hael Husaini akui sebagai seorang penghibur istilah penat itu tiada dalam kamus hidupnya.
Jelas Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi,37, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi ‘penanda aras’ untuknya sentiasa berikan yang terbaik dalam industri seni tanah air.
“Bagi saya itu tanggungjawab seorang artis, apa sahaja yang terjadi bila saya dah letakkan komitmen itu harus dilakukan, penat itu kita letak tepi.
“Saya ada satu motto dalam hidup saya, selagi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mengeluh penat kita yang berada dibawah jangan berkata penat.
Dalam pada itu, Hael turut mengakui bahawa fasa “me time” dalam hidupnya telah lama berlalu.
Bagi pelantun lagu Diam itu, ketika peluang dan rezeki dalam industri semakin terbuka luas, tiada masa untuk berehat lama kerana fokusnya kini adalah untuk terus mengukuhkan nama sebagai anak seni.
“Me time saya dah berlalu, sebelum saya sampai pada tahap ini sudah lama saya me time, sendu. Jadi bila dah dapat rezeki macam ni sudah tiada masa untuk saya me time sebab saya memang nak menapak dalam industri dan cuba untuk kedepan.
“Saya ada masa berehat, sudah tentu ada. Bagi saya dapat rehat yang cukup, tidur itu sudah memadai. Sebab saya memang seorang yang kuat bekerja.
Sekadar info, Hael akan hadir dengan konsert sulungnya iaitu "Hael Husaini & Repertoire" yang berlangsung di Zepp KL pada 8 Ogos 2025.
Konsert tersebut turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan dalam industri muzik antaranya Nabila Razali, Wany Hasrita, Nadeera Zaini, Alpha, dan Dayang Nurfaizah.
Setelah usai konsert tersebut, Hael akan terus terbang ke Kota Kinabalu untuk bersama-sama memeriahkan konsert Festival Tentang Cinta yang turut menampilkan penyanyi hebat seperti Andmesh Kamaleng, Adira, Ara Johari dan Ziva Magnolia.
Must-Watch Video