Selain Mahalini, Rizky Febian Juga Ikut Buat Pembedahan Hidung
Umirah Halim
08/07/2024 00:55 MYT
08/07/2024 00:55 MYT
Penampilan baharu penyanyi Indonesia, Mahalani Raharja di Funtastic Day 2024 yang berlangsung pada malam Sabtu meraih perhatian ramai.
Menerusi ruangan komen satu perkongsian di TikTok, dapat dilihat ramai wargamaya hampir tidak mengenali wajah ‘baharu’ penyanyi berkenaan.
Operasi kerana masalah kesihatan
Memetik laporan Suara.com, isteri kepada Rizky Febian itu dipercayai menjalani pembedahan hidung gara-gara masalah kesihatan.
ARTIKEL TRENDING: Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”
ARTIKEL TRENDING: Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”
ARTIKEL TRENDING: Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali
ARTIKEL TRENDING: Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin
ARTIKEL TRENDING: Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Perkara tersebut turut dikongsi sendiri oleh Mahalini menerusi broadcast channelnya.
Pelantun lagu sial itu memaklumkan bahawa doktor telah menyarankan untuk melakukan pembedahan tersebut kerana tulang hidungnya bengkok.
Malah, suaminya iaitu Rizky Febian juga dilaporkan turut serta mengikuti jejak isterinya untuk membuat operasi hidung sewaktu melancong ke Korea.
Sementara itu, menerusi ruangan komen di media sosial dapat dilihat pelbagai reaksi daripada netizen.
Antara komen yang diterima termasuk;
“Laki bini buat.
“Padahal Mahalini dah cantik
“Dah macam Daddy Ash pula aku tengok Rizky ni.