Laman Utama

“Selain Warga Emas, Penerima Vaksin Sinovac Wajib Ambil Dos Penggalak Atau Sijil Digital Bertukar ‘Putih’ Mac Ini!” – KJ

Fiza Kamarudin
07/02/2022
09:46 MYT
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin merayu warga emas berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin supaya mendapatkan dos penggalak dalam masa terdekat.
Selain itu penerima vaksin Sinavoc berusia 18 tahun ke atas juga perlu mendapatkan dos penggalak secepat mungkin bagi mengekalkan status lengkap vaksin mereka.
“Sekiranya tidak berbuat demikian, status anda akan berwarna putih pada Mac ini dan tidak divaksin sepenuhnya di MySejahtera,” katanya pada sidang media pada petang Isnin.
Beliau menjelaskan, individu tersebut juga tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19.
Selain itu, beliau berkata bagi mengelak kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) individu positif Covid-19 dalam kategori 1 dan 2A serta tidak berisiko tinggi, tidak perlu hadir CAC namun, harus melakukan pemantauan kesihatan kendiri dengan melengkapkan Peralatan Penilaian di rumah (HAT) menerusi aplikasi MySejahtera.
Beliau berkata, individu yang positif bagi kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mengalami simptom yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC.
Dalam pada itu, KJ turut memohon orang ramai agar menjaga SOP bagi mengekang varian Omicron yang semakin meningkat.
“Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua, jika mahu menghadiri sebarang majlis seperti kenduri kahwin atau majlis-majlis yang memerlukan kita berkumpul lakukan ujian kendiri.
“Biar pun varian Omicron ini tidak seganas Delta, namun kita mahu mengekang virus ini daripada terus meningkat,” katanya.
KJ juga menolak dakwaan dos penggalak menjadi penyebab pelbagai jenis masalah kesihatan seperti yang ditularkan di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita Warga Emas Dipercayai Jatuh Dalam Laut, Tak Sempat Melangkah Masuk Sebab Feri Didakwa Bergerak

gempak
19/07/2024
04:00 MYT
Tular rakaman video di media sosial menunjukkan keadaan kecoh apabila seorang wanita warga emas didakwa terjatuh ke dalam laut semasa mahu menaiki sebuah feri.
Berita

Bosan, Keseorangan Punca Warga Emas Bersara, Berjudi Dalam Senyap - Pakar

gempak
13/07/2024
03:55 MYT
Persaraan sering dianggap sebagai masa untuk berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri selepas bertahun-tahun bekerja keras.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

Hidap Kanser, Hasrat Warga Emas Meninggal di Tanah Suci Termakbul

gempak
28/06/2024
03:01 MYT
Warga emas, Abd Wahab Ramli, 60, yang meninggal dunia di Tanah Suci pada Selasa lepas kerana menghidap kanser periampullary tahap empat pernah menyuarakan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah.