Berita

"Selalu Dia Potong Kat Mamak, Tu Yang Rambut Huru-Hara" - Faezah Elai Paksa Suami Potong Rambut Ala K-Pop

gempak
Kamaruddin Razal
07/11/2019
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Selalu Dia Potong Kat Mamak, Tu Yang Rambut Huru-Hara" - Faezah Elai Paksa Suami Potong Rambut Ala K-Pop
Pelakon Faezah Elai memaksa suaminya, pengarah Heykal Hanafiah untuk menukar imej dengan menggayakan rambut baru ala K-Pop.
Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai, 37, berkata, bagi merealisasikan hasratnya itu, dia menyuruh suaminya menggunakan perkhidmatan di salun rambut buat pertama kali.
"Biasanya kalau saya masuk salun sebab nak trim rambut anak. Kali ini masuk salun nak suruh stylist potong rambut En. Heykal.
"Selalunya dia potong kat kedai mamak je, tu yang rambut dia huru-hara. Jadi, kali imi saya buat keputusan nak potong gaya ala K-Pop.
"Umur 46 K-Pop lah sangat.. nasiblah dapat bini tingtong," kongsi Faezah di Instagram.
Gambar Heykal dengan imej rambut baru itu kemudian mendapat pelbagai komen positif dalam kalangan rakan artis.
Rata-rata menyifatkan Heykal kelihatan lebih muda daripada usianya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna, 6 dan Aurora Heyrinna, 3.
Faezah turut menjaga tiga lagi anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live