Selebriti tempatan yang berpeluang menonton filem Abang Long Fadil 3 pada acara malam gala tempoh hari rata-rata memberi maklum balas positif terhadap naskhah arahan Syafiq Yusof itu.
Berikut merupakan antara respons yang diterima daripada figura-figura popular tanah air:
“Ya Allah... tahniahlah Abang Long Fadil 3, daripada awal sampai abis lawak dorang ni tak boleh move on. Balik pun teringat boleh ketawa lagi. Macam nak tengok sekali lagi. Sumpah best. Jalan cerita ok dan yang penting sangat-sangat terhibur.” - Nazia Mustafar, Pelakon & Penerbit, Megapine Sdn. Bhd.
“Salam. Tahniah Datuk Yusof Haslam, Shafiq dan Raja Jastina Arshad for Abang Long Fadil 3. Truly I was entertained last night at the premiere. Wishing both of you the best with the film and semoga sukses. Alhamdulillah.” - Datuk Saniboey
“ALF3 - Hilarious & brilliant performance by the cast! Well done Datuk Dr Yusof Haslam and Jastina!” - Veronica Ong, Penerbit The Film Engine
“Tahniah Skop Productions, Astro Shaw and the whole team of Abang Long Fadil 3. Non-stop action and laughter. A perfect flick to watch with friends and family!” - Adriana Jasmay, Penerbit Mermaid Studios
“Semua gigi palsu tercabut semalam! Abang Long Fadil 3 is the best and keeps getting better seperti Austin Powers. Filem ni pasti menawan hati penonton, mencuit hati mengeletek seluruh badan tanpa henti. Nak tengok lagi dan lagi… akan Best Comedy filem this year, perfecto! Tahniah Datuk Yusof Haslam and Shafiq and Astro Shaw 10/10!” - Zahrin Ishak, Penerbit, Quantum Pictures
“Terhibur! Abang Long Fadhil 3 ni. Seriously. Allahu, lama betul tak tengok cerita macam ni. Moden! Action dan lawak bersahaja yang tak bodoh. ALF3 memang terbaik. Shafik did a good Job! Tahniah pada Astro Shaw dan Skop Production. Saya terhibur sangat-sangat dan bangga.” - Datuk Ayu Puteh, Penerbit Pencil Pictures
“Tahniah team Abang Long Fadil 3 (ALF3). Bakal menggegarkan box office filem tempatan. Berita baik bagi industri filem negara.” - Datuk Mahyidin Mustakim, CEO CCAM
“Tahniah Skop Production dan Astro Shaw. Insya-Allah akan mendapat tempat di hati penonton seluruh tanah air. ALF3 Terbaik.” - Zaid, Penerbit Zaza Pictures
“I love it! Dah lama tak tengok cerita kelakar! Thank you for the invitation. Wishing you guys best of luck ok!” - Mimi Lana, Pelakon
“Tahniah ALF3 dan semua yang terlibat Syafiq, Datuk Yusof, Raja Jastina, Astro Shaw. Pasti box office di pawagam.” - Datuk Nancie Foo
Filem Abang Long Fadil 3 yang bakal ditayangkan pada 8 September depan menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Izwan Isa
Mon Aug 29 2022


Uyaina Arshad Simpati Dengan Nasib Kaka Azraff - "Jangan Demotivated, Ini Sebahagian Daripada Jihad"
Terdahulu akaun TikTok milik Uyaina Arshad turut disekat.
Mikha & Aya Sweet Level Potong Kaki! Fans Indonesia Vote Ke Top 20 GMW Awards 2023? | Motif Trending
Siapa tak kenal sensasi internet sekarang yang asyik viral dan paling viral “Girlfriend Lapar”. Mikha & Aya ada fan base daripada Indonesia?
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow

Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Alif mahu jadi diri sendiri

Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.