Hiburan

Selebriti Ular Malaysia Dwan Hamid Mohon Maaf, Tiada Niat Pergunakan Arwah Huzz - "Saya Betul-Betul Ikhlas Menjaganya Di Hospital"

Amri Hassan
23/06/2024
14:34 MYT
Pelakon dan selebriti ular Malaysia, Dwan Hamid berharap tiada lagi salah faham terhadap dirinya yang didakwa kononnya sengaja mengambil kesempatan dan mempergunakan bekas wartawan hiburan popular Allahyarham Huzz semasa hayatnya.
Menurut Dwan, niatnya ikhlas menjaga Huzz yang sedang sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum Allahyarham dibawa pulang ke kediaman keluarga di Pulau Pinang.

Huzz banyak beri tunjuk ajar

Walaupun dituduh sebegitu, Dwan atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuwan Shahul Hamid,32, mengaku tidak kecewa kerana niatnya mahu menjaga Huzz walaupun hanya untuk beberapa hari ikhlas kerana Allah.
“Sejak saya mula berjinak-jinak menjadi pelakon tahun 2010, saya bukan siapa-siapa ketika itu, Huzz ialah wartawan pertama yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan buat cerita pasal saya dalam Majalah URTV.
“Beliau wartawan terkenal tapi sangat merendah diri dan suka membantu orang lain juga untuk terus maju. Huzz memang suka tengok orang lain berjaya.
“Di kala tiada siapa yang mahu memberi ruang publisiti kepada saya, hati Huzz sangat mulia mahu membantu anak-anak muda seperti saya yang berhijrah dari Taiping, Perak ke Kuala Lumpur demi mencuba nasib dalam bidang seni.
“Jadi apabila dapat tahu Huzz sakit, saya mengambil masa beberapa hari untuk menjaga Huzz. Selain mahu lihat dia kembali sihat ketika itu, saya mengenangkan segala kebaikannya kepada saya. Jasanya tak dapat saya balas, hanya Allah yang mampu membalasnya," katanya.

Harap tiada salah faham

Dwan juga menjelaskan dirinya tidak pernah berniat untuk membelakangkan peranan keluarga sebaliknya menggunakan kesempatan dan kudrat yang ada untuk menjaga insan yang banyak membantunya sejak dahulu.

“Ikhlas daripada hati, saya memohon maaf kepada keluarga Huzz jika sepanjang saya menjaga arwah telah menyinggung perasaan kalian semua.

“Saya tiada niat untuk membelakangkan peranan keluarga, jauh sekali menggantikan tempat mereka. Saya hanya menggunakan peluang ketika itu untuk menjaga insan yang banyak membantu dan sangat saya hormati.

“Saya harap tiada lagi salah faham terhadap saya. Saya juga bercadang mahu bertemu sendiri dengan keluarga arwah untuk meminta maaf atas salah faham yang berlaku,” katanya.
Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin meninggal dunia akibat kanser usus pada 8 Jun lalu di kediaman keluarganya di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Jenazah Huzz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, di sana.

Gambar timbul salah faham

Sebelum ini, apabila Dwan memuatnaik gambarnya menjaga Huzz di HKL dalam media sosial, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan kelibat ahli keluarga.
“Kebetulan saya datang ahli keluarga Huzz dah balik, jadi gambar tersebut mungkin menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.
“Lagi pun, tujuan gambar tersebut diletakkan di akaun TikTok adalah untuk ajak orang ramai doakan Huzz, di samping memberitahu rakan-rakan terdekat untuk ziarah Huzz.
"Niat saya baik. Tak tahu pula ada yang salah faham,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Wartawan Hiburan Popular, Huzz Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Belasungkawa: Jadi Rujukan, Allahyarham HUZZ Sempat Kenang Minta BMG Isi 10 Kali Lagu Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta Dalam Kaset

BERITA TRENDING: Jenazah Wartawan Hiburan Huzz Selamat Dikebumikan

Dalam masa yang sama, Dwan juga menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya cuba ‘mempromosi’ diri ketika menjaga Huzz kerana ingin mendapat perhatian rakan-rakan artis, pengarah dan penerbit yang datang ziarah.
“Saya tiada niat pergunakan Huzz semata-mata untuk mendekati insan-insan popular kerana mahukan tawaran lakonan.
“Saya betul-betul ikhlas menjaganya kerana Allah. Tiada niat lain.
“Namun, kalau ada yang tidak percaya, saya tak boleh buat apa. Saya pun tak perlu nak buktikan apa-apa, kerana apa yang lebih baik sekarang adalah kita semua mendoakan arwah,” ujarnya.
Dwan juga menyifatkan Huzz seorang yang sentiasa mahu melihat orang di sekelilingnya berjaya.
“Saya masih ingat lagi. Huzz pernah nasihatkan saya agar tidak berputus asa mengejar kejayaan kerana katanya, usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Selain sentiasa memohon kepada Allah kerana rezeki daripadaNya bukan manusia.
“Walaupun sekarang saya tidaklah popular seperti pelakon-pelakon lain, namun saya bersyukur dapat menjalankan bisnes sendiri dan masih aktif sebagai pemain ular,” ujarnya.
Sebelum ini, Dwan pernah muncul dalam drama Maaf Aku Tak Sempurna, Tanah Kubur dan filem Dollah Superstar.

BERITA TRENDING: 5 Sebab Kita Berpotensi Dipatuk Ular

Mahu cipta rekod tidur bersama 150 ular selama 14 hari

Sebagai selebriti ular Malaysia, Dwan Hamid mengaku dirinya nekad untuk mencipta rekod tinggal bersama 150 ekor ular selama 14 hari dalam sebuah akuarium besar.
Walaupun menyedari risiko dan bahaya yang boleh mengancam nyawa, Dwan ternyata mempunyai alasan tersendiri mahu mencapai rekod tersebut yang turut menjadi impiannya selama ini.
“Saya dah 15 tahun serius dalam pertunjukan ular. Kalau ikutkan dari kanak-kanak lagi saya dah berjinak-jinak main ular. Saya tak rasa haiwan itu sebagai musuh atau perlu takut, ular juga makhluk Allah yang patut kita sayangi, cuma kenalah berhati-hati.
“Sepanjang tempoh itu, saya banyak ikut sifu saya iaitu Amjad Khan yang juga anak kepada Raja Ular Malaysia, Allahyarham Ali Khan Samsuddin.
“Pengalaman pahit manis, jatuh bangun sebagai pemain ular ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencipta rekod saya sendiri iaitu tidur bersama 150 ekor ular selama 14 hari.
“Bukanlah nak menunjuk-nunjuk kebolehan, tapi saya ada alasan sendiri kenapa mahu mencipta rekod sedemikian,” katanya.
Dwan mempunyai beberapa ekor ular sawa dan ular tedung yang disimpan di rumah sifunya Amjad Khan
Menurut anak kelahiran Perak ini, niatnya hanya mahu memberi sesuatu yang positif kepada masyarakat terutamanya generasi muda.
“Antara niat saya kejar impian tersebut adalah mahu memberi ilmu pengetahuan dan pembelajaran tentang habitat ular dan haiwan eksotik.
“Dalam masa yang sama memberi peluang orang ramai untuk mendekati dan melihat pelbagai jenis spesis ular melalui pertunjukan ular yang saya jayakan.
“Bukan itu sahaja, apa yang saya usahakan ini juga adalah untuk memupuk semangat cintakan haiwan menggalakkan generasi akan datang agar sentiasa melindungi kehidupan habitat ular dan haiwan eksotik daripada pupus.
“saya berjaya mencapai impian mencipta rekod tersebut, secara tidak langsung ia menjadi salah satu tarikan pelancong dalam dan luar negara. Program yang berkonsepkan pendidikan ini juga dapat memupuk rasa cinta kepada alam sekitar yang harus kita jaga,” ujarnya.
Menyedari impian yang ingin dicapai itu memerlukan masa dan prosedur yang ketat. Dwan akur dengan apa sahaja syarat atau kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
“Saya tahu dan sedar, banyak perkara yang perlu saya jalani prosesnya termasuklah syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang terlibat.
“Kertas kerja saya pun sudah siap, tunggu lagi mahu mendapatkan kelulusan daripada pihak terbabit serta penajaan. Insya-Allah tim saya sedang berusaha ke arah itu.
“Saya juga tak mahu tergesa-tergesa, kerana saya yakin kalau sudah rezeki, takkan ke mana,” katanya.
“Kertas kerja saya pun sudah siap, tunggu lagi mahu mendapatkan kelulusan daripada pihak terbabit serta penajaan. Insya-Allah tim saya sedang berusaha ke arah itu.
“Saya juga tak mahu tergesa-tergesa, kerana saya yakin kalau sudah rezeki, takkan ke mana,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pemuda 22 Tahun Bergaya Outfit RM900,000, Netizen Auto Jealous! - “Baiklah Duit Guna Beli Property”

gempak
21/07/2024
08:55 MYT
Satu video tular baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak apabila ia mempamerkan seorang jejaka berusia 22 tahun memakai pakaian bernilai hampir RM900,000.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Berita

Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Akan Disambung Reman Esok

gempak
21/07/2024
07:55 MYT
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan dibawa Mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk permohonan lanjut reman, pada Isnin.
Viral

Duduk Dalam Keadaan Pelik, Aksi Lucu Kucing Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi - “Dia Tengah Buat Pilates Tu”

gempak
21/07/2024
06:55 MYT
Gelagat dan telatah kucing yang comel dan lucu seringkali mencuri tumpuan ramai pihak.
Viral

6 Pelajar Malaysia Cipta Rekod Menang Pingat Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa!

gempak
21/07/2024
04:55 MYT
Enam pelajar mencipta rekod apabila pertama kalinya kesemua peserta dari Malaysia memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia yang berlangsung di United Kingdom (UK).