Terkini
Seleksi Terhangat Selasa: Sheikh Muszaphar Di Kritik, Gelajat Ibu Bapak Jemput Anak Sekolah & Ruhainies Sambut Baik Tindakan Zul Ariffin Mohon Maaf
Artikel mana yang terhangat hari Selasa, jom semak!
#1. Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Instagram, doktor selebriti Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tips bagaimana mahu memujuk isteri untuk hamil bagi menyambut zuriat.
Begitupun, perkongsian angkasawan negara itu dilihat menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen.
#2. Menerusi gambar yang viral di media sosial, kelihatan beberapa ibu bapa berkumpul di luar perkarangan sekolah. Tambah menarik, ada yang siap membawa kertas atau papan putih untuk memudahkan anak masing-masing mengenal pasti ibu bapa.
#3. Dramatis popular, Ruhainies menyokong tindakan pelakon Zul Ariffin memohon maaf secara terbuka susulan sedutan video sebuah drama menjadi tular baru-baru ini.
#4. Jurugaya video muzik Ku Ikhlaskan, Abu Shaef Hamza menyifatkan pengusaha kosmetik Datuk Seri Vida sebagai seorang yang bersifat terbuka dan mampu untuk menggayakan konsep fesyen avant garde.
#5. Semalam bermulanya persekolahan bagi murid darjah satu dan beberapa pelajar lain yang kembali ke sekolah selepas bercuti sekian lama.
Pelbagai gelagat anak-anak dan ibu bapa dalam memastikan anak mereka dihantar dengan baik ke sekolah.
Tidak ketinggalan rakan artis yang turut teruja menghantar anak mereka ke sekolah antaranya, Alif Satar, Ashraf Muslim, Aril Pilus, Tomok, Diana Amir dan ramai lagi.
Must-Watch Video