Laman Utama

Gelagat Anak Selebriti Sekolah – Alif Satar Sebak, Anak Dari 2 Isteri Ashraf Muslim Sekolah Serentak

gempak
Syafiqah Jalal
22/03/2022
04:15 MYT
Sponsor Banner
Gelagat Anak Selebriti Sekolah – Alif Satar Sebak, Anak Dari 2 Isteri Ashraf Muslim Sekolah Serentak
Semalam bermulanya persekolahan bagi murid darjah satu dan beberapa pelajar lain yang kembali ke sekolah selepas bercuti sekian lama.
Pelbagai gelagat anak-anak dan ibu bapa dalam memastikan anak mereka dihantar dengan baik ke sekolah.
Tidak ketinggalan rakan artis yang turut teruja menghantar anak mereka ke sekolah antaranya, Alif Satar, Ashraf Muslim, Aril Pilus, Tomok, Diana Amir dan ramai lagi.
Berikut antara perkongsian rakan artis bersama anak ke sekolah di media sosial:
  1. Alif Satar
Pengacara Big Stage, Alif Satar akui sebak apabila pertama kali menghantar anak sulungnya, Alisha Anugerah yang memasuki darjah 1 di sekolah kebangsaan.
“Semoga dipermudahkan urusan, dikurniakan kejayaan dunia juga akhirat buat anak-anak kita semua.
“Anak tak nangis, tapi daddy ni yang sebak.. haih emo aku pagi-pagi. Korang camana wey?,” tanyanya.
  1. Ashraf Muslim
Kedua-dua anak pelakon pelakon Ashraf Muslim hasil dari perkahwinananya dengan dua isterinya iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi memasuki sekolah rendah semalam.
“My two hero! First day pergi school. Hensem dan bergaya! Happy mereka pergi sekolah hari ni. Siap tanya lagi esok school lagi tak.. hahah! Terima kasih mama dan ibu sebab siapkan mereka hari ni.
“InsyaAllah Adam dan Anas Ashraf akan berjaya dalam hidupnya di dunia dan mahupun di akhirat. InsyaAllah,” tulisnya.
3. Aril Pilus
Anak tunggal penyanyi Aril Pilus juga pertama kali ke sekolah rendah apabila memasuki darjah 1 semalam. Kelihatan seperti anaknya ke sekolah kebangsaan jenis Cina.
"Darjah 1 dah anak daddy ni..Semoga menjadi anak soleh dan membanggakan keluarga, terus cemerlang dalam agama dan akademi, supaya satu hari nanti menjadi harapan keluarga, bangsa dan negara.. amin,” harapannya.
4. Tomok
Dua orang anak penyanyi Tomok juga ke sekolah yang sama apabila dua-daua memasuki sekolah rendah semalam. “Semoga segalanya di permudahkan buat anak anak ayah dan ibu…amin!,” tulisnya.
5. Diana Amir
Pelakon Diana Amir turut berkongsi gelagat anak sulungnya, Khawlah Al Azwar yang pertama kali memasuki sekolah rendah iaitu darjah satu.
“Joining the fun of posting kiddos first day of primary school. Semoga dalam peliharaan Allah selalu, Khawlah Al Azwar,” tulisnya.
Gempak juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua murid dan pelajar selamat kembali ke sekolah dan dipermudahkan menuntut segala ilmu yang diberikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live