Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah ‘Datang’ Minta Nasihat Nabil Ahmad Soal Perkahwinan - “Dia Ada Bertanya…”

Bella Astillah ‘Datang’ Minta Nasihat Nabil Ahmad Soal Perkahwinan - “Dia Ada Bertanya…”

Sekilas

  • Nabil Ahmad berkongsi pengalaman dan tips mengekalkan keharmonian rumah tangga selepas rakan penyampainya, Bella Astillah, berkahwin dengan Syed Saddiq.
  • Beliau menekankan pentingnya bertolak ansur, sabar, dan komunikasi yang baik dalam perkahwinan, serta mengingatkan supaya tidak membandingkan rumah tangga sendiri dengan orang lain.
  • Nabil juga menegaskan bahawa nada suara dalam komunikasi, terutama melalui WhatsApp, sangat penting untuk mengelakkan salah faham dan konflik.
Advertisement

Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur apabila rakan penyampainya, Bella Astillah selamat mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu.

Menurut Nabil, Bella ada bertanyakan kepadanya tentang cara mengekalkan keharmonian rumah tangga bersama isteri, Nazirah Ayub yang kini memasuki tahun ke-15 perkahwinan mereka.

Advertisement

“Dia ada bertanya tentang bagaimana saya dan Zira berinteraksi, bagaimana komunikasi kami dan sebagainya. Jadi, saya kongsikan pengalaman saya dengannya.

“Sebenarnya, saya tak pandai sangat berkomunikasi, tetapi Zira yang selalu bertolak ansur dan bersabar dengan saya. Jadi, rezeki saya dapat seorang isteri yang penyabar. Itu yang saya rasa membuatkan perkahwinan kami kekal selama 15 tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil menyifatkan setiap perkahwinan mempunyai perjalanan dan cabaran yang berbeza. Justeru, pasangan suami isteri tidak seharusnya membandingkan rumah tangga mereka dengan orang lain.

Advertisement

Tambahnya, pengalaman mendalami ilmu agama turut membuka matanya tentang kepentingan bermesyuarat atau berbincang bersama pasangan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita akan melalui pengalaman yang berbeza-beza. Setiap perkahwinan itu berbeza dan tidak sama. Perkahwinan kami dengan perkahwinan mereka semestinya sangat berbeza.

“Tetapi satu perkara yang saya rasa sama untuk semua perkahwinan ialah bertolak ansur, sabar dan satu perkara yang saya sendiri belajar apabila keluar mendalami agama, kita kena duduk bermesyuarat.

“Apa-apa pun, kita kena duduk, kena bincang dan kena berkomunikasi,” ujarnya.

Pada masa sama, Nabil mengingatkan supaya tidak memandang remeh nada suara ketika berkomunikasi kerana perkara itu boleh mempengaruhi cara sesuatu mesej diterima.

Menurutnya, mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp, boleh disalah tafsir sebagai tanda kemarahan walaupun pengirim tidak berniat sedemikian.

“Komunikasi itu penting, tetapi nada suara juga kena betul. Kalau WhatsApp, kadang-kadang kita baca macam orang marah. Sebenarnya, kalau nota suara, bunyinya mungkin lebih lembut.

“Nada itu penting. Ia boleh menyebabkan pergaduhan kalau nada kita tak betul. Apa yang kita belajar, nada memainkan peranan penting dalam komunikasi,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement