Pengacara Awal Ashaari terharu kerana berpeluang sekali lagi menuntut ilmu dengan penghibur terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi.

Mengimbau kembali pengalamannya yang sudah 17 tahun dalam dunia pengacaraan, Awal memberitahu Aznil merupakan guru pertamanya dalam bidang tersebut.

“My very first hosting class was with Aznil, back in 2004 masa saya mula nak jadi pengacara program pertama saya, BeatTV, saya dihantar berguru dengan Cikgu Aznil tiap-tiap minggu.

“Hari jni selepas 17 tahun jadi pengacara, saya berpeluang sekali lagi belajar dari “Datuk Aznil” we talked about how to own the show, create character and challenges in creating program buat masa sekarang.

“Terima kasih diatas ilmu yang @aznilnawawihm curahkan hari ini dan inshallah, saya akan praktikkan dalam program saya nanti,” katanya.

Awal berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama Aznil.

Dalam pada itu, Awal sempat memaklumkan dia kini sudah kembali menjadi bakat khas stesen penyiaran terbesar, Astro.

“Oh by the way, feels so good to be back here today. Thank you @astromalaysia for believing in my talent,” beritahunya.

Awal baru sahaja ditamatkan kontraknya sebagai pengacara Melodi selepas lapan tahun berkhidmat.

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)