Skip to main content

Berita Tempatan

"Selepas 31 Tahun Menyanyi, Saya Tiada Target Untuk Bertanding, Tapi ..." -  Aishah

aishahnewbefunky-collage.jpg
Penyanyi dan juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah mengatakan dia tidak lagi meletakan target untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu memandangkan dia sudah 31 tahun bergelar penyanyi.

Bagaimanapun menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia akan mempertimbangkan sekiranya peluang untuk menyertai pentas berprestij itu tiba suatu hari nanti.

"Selepas 31 tahun bergiat dalam industri seni, bukan menjadi target saya untuk menyertai Anugerah Juara Lagu lagi.

"Namun sekiranya diberi peluang, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk menyertainya.

"Ini kerana fokus saya sekarang adalah untuk menghasilkan lagu dengan ikhlas buat semua peminat saya," kata Aishah kepada Gempak baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Janji Manismu itu telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Malar.

Single ini mengisahkan tentang perjalanan kehidupannya yang diharungi bersama suami, anak-anak dan peminat, ia boleh didapati di semua platform digital muzik seperti itunes, Joox, Spotify dan Deezer.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement