Berita
Selepas 35 Jam Terkandas, Suami Yatt Hamzah Berjaya Menembusi Pintu Rafah Mesir
Pelakon Yatt Hamzah bersyukur kerana akhirnya suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 27 dan beberapa sukarelawan lain termasuk rakan-rakan artis seperti Heliza dan Hazwani Helmi berjaya menembusi Pintu Rafah Sinar, Mesir malam tadi.
Yatt memberitahu suaminya bersama delegasi yang menyertai misi kemanusiaan #WakeUpForGaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu rakyat Palestin itu, terkandas hampir 35 jam kerana tiga kali gagal melepasi pintu tersebut.
“Alhamdulillah suami Bonda dan ahli-ahli misi #wakeupforGaza sudah melepasi Pintu Rafah Sinai (Mesir) selepas 3 kali gagal, mengakibatkan hampir 35 jam terkandas.
“Alhamdulillah sekarang sudah dalam bas untuk mulakan perjalanan ke Kaherah. Jazakumullah atas doa sahabat sekalian..
MOHON TERUSKAN BERDOA BUAT MEREKA AGAR DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..,” tulisnya.
Yatt memaklumkan khabar berita tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi perkongsian tersebut, Yatt memuat naik video rakaman berita sebuah stesen yang membawa perkahabaran baik itu.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar semua urusan mereka berjalan lancar
Sebelum ini, Yatt meluahkan rasa sedih dan risau apabila suaminya yang merupakan Pengarah Media MAPIM bersama rombongan terkandas selepas ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir.
Must-Watch Video