Selepas empat tahun penantian, pelakon dan pengacara, Eleena Sui selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 25 Mac lalu.

Eleena bersyukur kerana meskipun tarikh sepatutnya melahirkan anaknya itu pada hari pertama Ramadan, namun proses bersalinnya sangat lancar.

“Syukur Alhamdulillah di atas amanah ini Ya Allah.

“Seminggu yang lalu hidup kami telah berubah. Kami telap menjadi ibu bapa. Baby EA selamat dilahirkan pada 25 March 2021 (37weeks) jam 12:56 tengah hari di Gleneagles.

“Selepas satu malam menahan sakit sebab saya fikir hanya sakit perut yang biasa dan rupa-rupanya baby EA dah tak sabar nak jumpa semua orang.

“Sepatutnya my EDD is on the first day of Ramadan nanti. Apa apa pun I’d like to sincerely thank Dr Tan (O&G) and his team for the smooth sailing delivery process. Coolest O&G I've ever met,” katanya.

Eleena berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menurut Eleena lagi, buat masa ini dia mahu memberi focus kepada proses pemulihan dan masa bersama anaknya.

“Setakat ini, Eleena nak fokus pada recovery process dan enjoy my time with baby EA. Thank you to those yang hantar hadiah to baby EA, baby EA loves it! Thank you for the well wishes too,” beritahunya.

Dalam pada itu Eleena turut mendoakan agar pasangan lain yang belum menimang cahaya mata agar bersabar dan terus berusaha.

“Eleena doakan untuk pasangan yang masih menanti zuriat, agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, yang penting jangan putus asa dan terus mencuba, tak kira apa cara sekali pun.

“As for myself, this is the greatest gift Allah swt bless us with setelah 4 tahun bersama Faisya.

“My biggest fear was will I be alone during labour sebab Faisya still posting in Sudan. Ultimately I’m so glad that he made it just in time and be by my side during the labour.

Eleena mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustamam pada 4 Februari 2017

A post shared by Eleena Sui (@eleena.sui)