Selepas kejayaan drama rantaian Curi-Curi Cinta, pasti ramai yang menantikan sambungan kisah Raihana dan Daniel.

Apa kata anda layan pula telefilem terbaharu Cubit-Cubit Cinta yang akan bersiaran pada hari Sabtu ini (21 September 2019).

Jangan salah sangka, Cubit-Cubit Cinta sebenarnya tiada kena-mengena pun dengan kisah Raihana dan Daniel.

Ia merupakan dilema mencari jodoh hingga terpaksa menggunakan aplikasi Kupit Cubit.

Katarina (Sharifah Sakinah) dan Saiful (Nasz Kenyang) merupakan dua insan yang cuba memulihkan hati yang terluka kerana cinta dengan mencari jodoh menerusi aplikasi tersebut.

Bagaimanapun, masing-masing masih belum berupaya untuk melupakan kisah cinta silam mereka.

Tiba-tiba muncul pula individu ketiga bernama Rashid yang menjadi crush Katarina.

Nak tahu lebih lanjut apa yang akan terjadi antara Saiful, Katarina dan Rashid, jom layan Cubit-Cubit Cinta pada hari Sabtu ini!

Cubit-Cubit Cinta dibarisi oleh Sharifah Sakinah, Tony Eusoff dan Nasz Kenyang dan akan disiarkan di saluran Citra (CH131) dan Citra HD (CH126) pada pukul 9 malam, Sabtu ini.