Selepas dua tahun bermasam muka, pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie akhirnya bertemu dan kembali menyambung ikatan persahabatan mereka.

Menerusi hantaran video di laman sosial Instagram (IG) pendandan rambut selebriti Ridzokumura, Fathia dan Anjou duduk bersama sambil berbual mesra.

“Alhamdulillah dah berbaik dah dua budak baik ni @anjoulielavocah1 @fatiyalatiff,” tulis Ridzokumura pada bahagian kapsyen.

Selain memaparkan kemesraan kedua-dua sahabat tersebut, Ridzokumura turut mendedahkan Fathia telah mempelawa Anjou untuk mengikuti kelas agama.

Sementara itu di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oelh pengikut Ridzokumura, namun rata-ratanya gembira melihat hubungan dua sabahat yang kembali terjalin itu.

Ada juga yang menasihati Fathia dan Anjou supaya terus bersahabat dan tidak mengulangi kesilapan lalu.

Selain itu mereka turut memuji Ridzokumura kerana usahanya menyatukan kembali dua sabahat tersebut.

Dua tahun lalu hubungan persahabatan Fathia dan Anjou terputus kerana selepas berlaku beberapa konflik di antara mereka.

Mereka turut berbalas kenyataan di media sosial sebelum kedua-duanya memutuskan untuk tidak lagi bertemu dan membawa haluan masing-masing.

A post shared by RidzOkumura Salon (@ridzokumura)