Baru-baru ini, rapper Hollywood, Kanye West mengumumkan dia akan bertanding untuk jawatan presiden Amerika Syarikat.

Selain mendapat sokongan, ada juga pihak yang menjadikan berita itu sebagai satu bahan jenaka.

Tidak ketinggalan, selebriti dan sosialit terkenal Paris Hilton juga ada berkongsi beberapa foto yang memberi gambaran dia bertanding untuk jawatan itu.

Menerusi tinjauan Gempak di Instagram, Paris telah memuat naik foto melambai sambil memegang anjing, dan berlatar belakangkan White House yang disunting menjadi warna merah jambu.

Dalam foto yang sama juga tertulis 'Paris for President'.

Dalam pada itu, Paris juga telah mengubah slogan kempen Donald Trump, "Make America Great Again" kepada "Make America Hot Again".

Perkongsian itu ternyata mendapat respon positif dari orang ramai yang seakan memahami 'maksud sebenar' perkongsian bintang tersebut.

#PresidentParis ✨????✨ I like the sound of that.? #ThatsHot ? #MakeAmericaHotAgain ??

A post shared by Paris Hilton (@parishilton) on


Beberapa hari selepas itu, Paris tampil berkongsi foto yang disunting menunjukkan dia berbaring atas meja di pejabat pentadbiran presiden (Oval Office).

"Perlukah saya jadikan Oval Offi berbentuk hati?

"Selepas membuat pertimbangan, saya telah membuat keputusan untuk memberi sedikit sentuhan wanita dalam dekorasi Oval Office ini," tulisnya sebagai kapsyen.

Should I make the Oval Office into a Heart Shape Office? ??‍♀️? #ParisForPresident ⚡️??⚡️

A post shared by Paris Hilton (@parishilton) on



After a lot of thought and consideration. I’ve decided the Oval Office needs some redecorating and a woman’s touch. ✨????✨ #ParisForPresident ⚡️

A post shared by Paris Hilton (@parishilton) on


Walaubagaimanapun, tidak seperti Kanye yang membuat pengumuman secara rasmi, perbuatan Paris itu masih dianggap sebagai satu bentuk jenaka yang digemari oleh rata-rata peminatnya.