Selevel Artis Korea! Ribuan Manusia Banjiri KLCC Untuk Meet & Greet Bersama Pelakon High Council
Sabtu lalu telah berlangsung acara sesi bertemu peminat bersama barisan pelakon drama yang paling hangat diperkatakan ketika ini iaitu Projek High Council.
Antara barisan pelakon yang hadir pada acara yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur itu ialah Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Fazziq Muqris, Naim Daniel dan ramai lagi.
Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian adalah sambutan yang diberikan oleh peminat yang hadir ternyata luar biasa.
Ruang legar acara dibanjiri ribuan peminat dan begitu padat sehinggakan ada yang bertolak di antara mereka.
Ini kerana, peminat yang hadir tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan barisan pelakon drama Projek High Council.
Malah, beberapa video turut tular di laman sosial mengenai acara tersebut.
Wahhhh…. Project High Council M&G at Suria KLCC.Jarang Suria KLCC meriah camni. pic.twitter.com/exfr0pDjc3— syafique shuib (@syafique) February 25, 2023
Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak ke laman Twitter, rata-rata wargamaya memuji drama arahan Anwari Ashraf itu selain gembira melihat semangat peminat yang sanggup datang dari jauh untuk melihat pelakon kegemaran mereka.
Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang berseloroh dengan mengatakan sambutan yang diberikan peminat kepada pelakon drama itu setaraf bintang Korea Selatan.
“Lama betul tak nampak artis lokal dapat sambutan ramai macam ni, memang level betul-betul macam artis Korea,” kata seorang netizen.
“KLCC penuh gila weh dengan orang, penangan drama High Council,” ujar seorang wargamaya.
“Memang sumpah ramai orang turun KLCC sebab nak meet and greet pelakon High Council, aku bersyukur dapat turun dan join,” kongsi seorang netizen.
Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand pada 14 Januari atau boleh juga di Astro GO dan saluran linear, Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.