Penerbit popular, Datuk A.Aida kembali melakukan aktiviti senaman selepas selesai hari raya pertama, semalam (Khamis).

A.Aida berkongsi aktiviti Syawal keduanya itu menerusi hantaran di Instagram (IG) kira-kira jam 11 pagi tadi.

Menerusi hantaran tersebut A.Aida turut memberitahu dia berpuasa sunat (puasa enam) selain bersenam untuk mengekalkan berat badan dan bentuk tubuh ideal.

“Gym ajelah, tak tahu nak buat apa lagi, yang pasti hari ni puasa, semalam dah makan macam-macam, so hari ni kita bakar balik, kalau tak berat makin bertambahlah,” tulisnya.

Rata-rata pengikut A.Aida di laman sosial memuji cara penerbit itu menjaga kesihatan diri.

Sementara itu A.Aida menerusi ruangan komen memberitahu dia bersenam kerana bimbang lemak bertambah.

“Semalam dah makan macam-macam kalau tak gym, fat makin naiklah,” balasnya yang mengalami pertambahan berat badan sebanyak 4 kilogram.

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)


A.Aida pada 15 April lalu telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech menerima suntikan itu menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.

A.Aida yang juga selebriti pertama Malaysia menerima suntikan vaksin juga telah mendapat suntikan vaksin Pfizer-BioNTech kedua pada 6 Mei lalu.