Laman Utama

"Semoga Dapat Membantu Pelajar..." - Wani Kayrie Setuju, Puji Acara Walk For Education

gempak
Mya Amri
02/06/2022
09:13 MYT
Sponsor Banner
"Semoga Dapat Membantu Pelajar..." - Wani Kayrie Setuju, Puji Acara Walk For Education
Program Walk for Education yang dianjurkan Astro Kasih merupakan antara inisiatif memperjuangkan kesaksamaan pendidikan terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Acara yang dianjurkan di Taman Wetland Putrajaya pada Sabtu berlangsung meriah dengan lebih 2,000 penyertaan.
Acara berjalan sambil menderma ini juga turut disertai oleh artis terkenal antaranya Wani Kayrie, Ara Johari, Vanida Imran dan ramai lagi.
Wani ketika ditemui Gempak semasa acara berlangsung juga bersetuju dengan inisiatif yang dilakukan pihak Astro ini.
“Pada saya aktiviti dan acara seperti ini sangat bagus dilakukan, dalam pada kita menyertai acara, kita juga dapat membantu pelajar di kawasan pedalaman.
“Ada diantara mereka yang terpaksa berjalan kaki untuk ke sekolah setiap hari, saya harap acara ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dan melancarkan urusan pada masa hadapan,” katanya.
Acara Walk For Education ini turut disokong oleh Radiance Assets Bhd., BookXcess, C.R.M Solutions Sdn. Bhd., Kinohimitsu, Multimedia Entertainment Sdn. Bhd., Pantai Hospital Cheras, 7 Days, VitaHealth dan juga 100PLUS.
Walk For Education merupakan salah satu usaha Astro untuk mengumpul dana dan sumbangan buat SK Magandai, Kota Marudu dan SK Malinsau, Ranau (Sabah), SK Sungai Paku, Kapit (Sarawak) dan asrama Starfish Malaysia Foundation di Malaysia Timur.
Astro Kasih juga berharap usaha ini membolehkan lebih ramai pelajar di kawasan pedalaman Malaysia Timur menerima peralatan sekolah, pakaian seragam, kasut dan buku.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live