Pelakon Fizo Omar berharap dugaan yang menimpa rumah tangganya sebelum ini bersama Mawar Abdul Karim akan memberi hikmah yang baik buat anak mereka, Wan Maryam.

Fizo yang kini berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima berdoa agar hubungannya dia dan bekas isteri sentiasa baik dan tidak putus demi memberi kasih sayang yang cukup buat satu-satunya anak mereka.

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan anakku Wan Maryam Wan Hafizol sebagai seorang anak yang solehah, taat kepada ibu dan bapanya.

“Anak yang bijak, yang suka bersedekah, dan berbakti kepada agama dan masyarakat.

“Semoga dengan dugaan dari Allah buat daddy dan mummy memberi hikmah kepada anak ini membesar dengan penuh kasih sayang dan didikan yang akan membawa daddy dan mummy ke syurga Firdaus.

“Kasih sayang dari daddy dan mummy buat Cik Yam tidak akan berkurang malah akan bertambah lagi.Insya-Allah semoga hubungan silaturrahim daddy dan mummy akan terus berkekalan sampai bila-bila.

“Semoga Allah makbulkan doa kami...Ameen YRA...” tulisnya.

Fizo berkongsi nukilan serta doa buat anaknya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini terbaharu itu dia memuat naik videonya gelagat Maryam yang mencuit hati.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat serta pengikutnya yang rata-rata mendoakan yang terbaik buat keluarga tersebut.

Pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pada 10 Julai lalu.

Lafaz cerai itu dibuat, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan terhadap Mawar, 30, sebagai plaintif di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.

Ya Allah Ya Tuhanku... . Jadikan anakku Wan Maryam Wan Hafizol sbgai seorang anak yg solehah, taat kpd ibu dan bapanya. . Anak yg bijak, yg suka bersedekah, dan berbakti kepada agama dan masyarakat.Semoga dgn dugaan dari Allah buat daddy n mummy memberi hikmah kpd anak ini membesar dgn penuh kasih sayang dan didikan yg akan membawa daddy n mummy ke syurga Firdaus. . Kasih syg dari daddy n mummy buat Cik Yam tidak akan berkurang malah akan bertambah lagi.Insyallah semoga hubungan silaturrahim daddy n mummy akan terus berkekalan sampai bila-bila. . Semoga Allah makbulkan doa kami...Ameen YRA...

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on