Mungkin ramai yang sudah tahu penyanyi baru dan usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kini berada di Indonesia.

Sejak tiba di negara jiran itu, Iqbal sering berkongsi perkembangan menunjukkan apa yang dilakukan di sana.

Menerusi tinjauan Gempak, perkongsian video Iqbal di akaun TikTok miliknya mengundang pelbagai respon netizen hingga ada yang seolah-olah menyuruhnya untuk terus tinggal di Indonesia tanpa kembali ke tanah air.

"Bye, semoga lupa jalan balik Malaysia," tulis seorang netizen.

"Bye jangan patah balik," tulis yang lainnya.

"Dalam hati dia, mesti rakyat Malaysia sedih & menyesal kecam aku sebelum ni," tulis seorang lagi netizen.

"Tak payah balik pun takpe," tulis pengguna TikTok yang lain.







Bagaimanapun setakat artikel ini ditulis, Iqbal bertindak untuk tidak memberikan sebarang respon terhadap komen demikian rupa.

Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia akan berada di Indonesia untuk satu tempoh yang panjang atas urusan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.

BACA: Iqbal Bakal Berhijrah Ke Indonesia, Plan Nak Beli Rumah Di Jakarta - "Ia Bakal Menjadi Rumah Kedua Saya Berulang Alik"