Laman Utama

“Semoga Sentiasa Dalam Lindungan Allah” - Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Noor Nabila

gempak
Azwa Rahman
04/09/2020
08:57 MYT
Sponsor Banner
“Semoga Sentiasa Dalam Lindungan Allah” - Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Noor Nabila
Pelakon Sharnaaz Ahmad melayangkan sebuah ucapan bermakna buat bekas isterinya, usahawan selebriti Noor Nabila Mohd Noor bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-36.
Menerusi laman sosial Instagram, Sharnaaz memuat naik sekeping foto Nabila bersama anaknya, Jebat Jayden untuk tatapan umum.
“A happy birthday to you @noornabila semoga sentiasa dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan kebahagiaan di atas muka bumi ini yang tidak bertepian.
“A warm happy birthday on a bright friday morning to a bold mother to my super hero boy @jebatjayden,” tulis Sharnaaz menerusi ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, ramai wargamaya yang turut sama memberikan ucapan hari lahir kepada kakak selebriti Noor Neelofa itu.
Malah, ramai yang turut memuji tindakan Sharnaaz kerana mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya.
“Terbaik! Doa yang baik-baik, semoga mendapat balasan dengan perkara baik yang kita buat. Happy birthday mommy Jebat,” kata seorang wargamaya.
“Allah, gugurnya air mata seorang ibu, sabar dan tanah ya Sharnaaz,” komen seorang wargamaya.
“Ya allah, aku mohon satukan mereka kembali,” doa seorang wargamaya.
“Sedih pulak kan, tapi tak mengapa, aturan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambanya,” luah seorang wargamaya lagi.
Sharnaaz dan Nabila sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang baru sahaja memasuki usia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live