Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?

Maliah Surip
23/04/2024 13:45 MYT
Pernah digosipkan menjalin hubungan songsang dengan pelakon lelaki yang menjadi pasangannya dalam siri 2gether: The Series, Win Metawin, ‘berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.

Hal ini kerana aktor kacak berusia 26 tahun tersebut didakwa sedang menjalin hubungan dengan aktres Thailand yang juga terbabit dalam siri sama iaitu Nene Pornnapan.

Gosip percintaan mereka bertebaran selepas Vachirawit dan Pornnapan dilihat berpegangan tangan sewaktu berada di Tokyo, Jepun.

Selain berpegangan tangan, mereka juga dilihat menghabiskan masa dengan menikmati juadah di sebuah restoran.

Meski kedua-duanya cuba menyorokkan identiti dengan memakai topi, kaca mata hitam dan pelitup muka namun peminat masih boleh mengenal pasti bintang pujaan mereka ini.

Walaupun gosip ‘percintaan’ mereka sudah menjadi buah mulut di platform media sosial, kedua-duanya belum memberi sebarang kenyataan rasmi.

BERITA TRENDING: Dituduh Guna Dadah, Berselingkuh & Kasari Ibu Sendiri, Ini Kenyataan Pengurusan Bright Vachirawit

PILIHAN PEMBACA: Kalau Bukan Berlakon, Bright Nak Jadi… Ini 5 Perkara Menarik Sepanjang Shooting Star Asia Tour

#pelakon #Bercinta #Viral #Gosip #Thailand #Bright Vachirawit #Nene Pornnapan
;