Berita
Sempat Nyanyi Lagu 'Buat Kali Terakhir' Sebelum Temui Ajal
Seorang wanita sempat merakamkan detik akhir sebelum berdepan kematian tragis menerusi rakaman video yang menjadi tular di media sosial.
Kegembiraan pelancong dari Rusia, Arina Glazunova ketika bersiar-siar di Tbilisi, Georgia akhirnya bertukar duka selepas dia terjatuh di laluan bawah tanah ketika kejadian pada Jumaat lalu.
BERITA BERKAITAN : Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"
BERITA BERKAITAN : Lany ‘Angau’ Dengan Malaysia, Suka Makan Rendang Ayam | GMW Highlights
BERITA BERKAITAN : Cikgu Hiragi: "Bila Kau Buli Cikgu Yang Salah!" | Singgah Set
BERITA BERKAITAN : "Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday
Menerusi klip itu, Glazunova, 24, sempat menari dan menyanyikan lagu hit Hunger Boys berjudul 'For The Last Time' (Buat Kali Terakhir) sebelum tragedi tersebut berlaku.
Advertisement
Wanita malang itu tersilap langkah kerana terlalu asyik melihat kamera telefon rakannya.
Nyanyian terakhirnya dengan bait lirik, 'No, I'm not waiting for you, but know that I loved for the last time, for the last time' seakan-akan menjadi kata-kata terakhirnya sebelum sosok Glazunova 'hilang' daripada rakaman tersebut dan yang hanya kedengaran jeritannya.
Ia disusuli suara panik rakannya setelah skrin bertukar gelap secara tiba-tiba.
Media tempatan melaporkan Glazunova meninggal dunia akibat kecederaan pada kepala selain lehernya patah.
Susulan tragedi itu, sebuah tugu peringatan sementara telah didirikan di lokasi kejadian yang tidak dilengkapi pagar keselamatan untuk melindungi pejalan kaki.
Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Dato Akobia turut berkongsi tentang bahaya 'laluan maut bawah tanah' itu yang telah meragut nyawa wanita tersebut.
SUMBER:Sinar Harian
Must-Watch Video