Laman Utama

“Sempurna 365 Hari” - Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama

gempak
Azwa Rahman
23/02/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
“Sempurna 365 Hari” - Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama
Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama pada Sabtu.
Menerusi laman sosial Instagram, Aiman berkongsi momen-momen manis sewaktu majlis persandingan mereka untuk tatapan umum beserta ucapan istimewa untuk isterinya.
How time flies ever since. To be frank if it happens to be I’m in a loop.. I wouldn’t mind. Perfect 365 days. Happy anniversary my love @zahirahmscwilson,” tulis Aiman menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, Aiman mengimbas kembali kenangan manis sewaktu majlis pernikahan dan resepsi yang diraikan dengan penuh gemilang.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang memberikan ucapan ulang tahun perkahwinan kepada pasangan ini.
Happy anniversary my bro, till jannah,” komen Radin ERA.
Cepatnya masa berlalu, happy anniversary my favourite couple,” kata seorang wargamaya.
Sekarang dah bertiga, selamat ulang tahun perkahwinan,” ucap seorang wargamaya.
Semoga mahligai yang dibina kekal ke akhir hayat, happy first wedding anniversary,” tulis seorang wargamaya.
Bang caption tak pernah tak sweet,” usik seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Aiman, 32, dan Zahirah, 26, bernikah pada 20 Februari 2020 tepat jam 9 malam di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.
Pasangan tersebut baru menyambut kelahiran cahaya mata lelaki pertama pada 5 Januari lalu di Perth, Australia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024