Perjalanan hidup band muzik kegemaran ramai dari Jakarta, Ungu, bukanlah sebuah perjalanan yang biasa.

Hampir 14 album studio termasuk enam album ketuhanan, ribuan persembahan dan puluhan konsert besar telah dicatat dalam salasilah karier mereka, menjadikan mereka antara nama paling besar dan prolifik dalam sejarah kugiran Indonesia.Terdapat perbezaan antara generasi Ungu serta band sukses lain di negara itu sebelumnya. Koes Plus, Godbless atau mungkin Slank mungkin mencapai tingkat populariti memuncak di peringkat nasional tetapi tidak begitu memukau dari perspektif antarabangsa.Manakala Ungu pula boleh dikata seangkatan dengan kugiran lain yang berjaya menggegar seantero nusantara. Dewa 19, Padi, Sheila on 7 dan beberapa lagi menerusi label besar mereka berjaya menembus pasar muzik Malaysia dan menjual puluhan ribu album mereka sejak penghujung 90an sehingga akhirnya menguasai di awal 2000an.26 tahun selepas penampilan pertama mereka sebagai Ungu, kumpulan itu akan mengadakan konsert ‘melepas rindu’ mereka untuk peminat di Malaysia selepas kali terakhir tampil di sini tujuh tahun lalu menerusi Konsert Ungu Mozaik.Band yang mengalami kebangkitan semula dalam dua, tiga tahun kebelakangan itu meneruskan momentum pesta konsert antarabangsa di Malaysia. Ini adalah peluang keeemasan untuk peminat menikmati sendiri sejumlah hits Ungu sambil dialun vokal enak Pasha.26 dan 27 Disember 2022 bakal menjadi tarikh keramat dan Menara PGRM Kuala Lumpur akan menjadi saksi kemunculan semula grup muzik yang fenomena ini di Tanah Melayu.