Laman Utama

Semua Datang Pakai Baju Putih! Ini 10 Momen Sedih & Lucu Sepanjang This Is Ernie Zakri Showcase

Shahrin Zulkifle
17/01/2023
14:00 MYT

Impian penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri untung mengadakan persembahan solo akhirnya dapat direalisasikan apabila berjaya menganjurkan This Is Ernie Zakri Showcase yang berlangsung dengan meriah di PJPAC, One Utama, minggu lalu.

Pada persembahan tersebut, Ernie berjaya menambat hati 200 peminat bertuah dalam showcase santai dan penuh keunikan tersendiri yang dianjurkan oleh pihak label pengurusannya, Rocketfuel Entertainment.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka dengan sambutan yang begitu hebat oleh peminat. Tambahan, tiket yang dijual berjaya sold-out dalam masa yang singkat.

“Impian saya untuk adakah persembahan solo akhirnya berjaya diadakan walaupun hanya berskala kecil dengan kapasiti 200 penonton, saya dapat rasakan apresiaisi yang sangat tinggi dan rasa lebih bersemangat untuk mengadakan showcase solo yang seterusnya,” kata Ernie.

Meskipun tempoh showcase hanya berdurasi selama satu jam, namun penyanyi yang pernah memenangi anugerah vokal terbaik sebanyak dua kali pada Anugerah Juara Lagu (AJL) itu tetap memberikan kepuasan maksima kepada setiap penonton yang datang menyaksikannya.

Gempak berkesempatan untuk hadir menyaksikan showcase tersebut dan ini 10 momen menarik yang berlaku:

1. Opening cukup wow. Ernie membuka pentas persembahan dengan lagu rancak miliknya yang menjadi siulan ramai berjudul Boneka.

2. Ernie payung semua lagu popular hits miliknya sebanyak 10 lagu antaranya Gundah, Korban, Ku Bersuara, Hal Hebat dan banyak lagi. Paling best apabila lagu baharu berjudul Astana dinyanyikan live buat pertama kali!

3. Paling seronok apabila ada segmen throwback yang mana lagu yang dipersembahan adalah lagu ketika Ernie baru sahaja ingin dikenali dalam industri. Lagu tersebut adalah Rindu Bukan Teman dan Ini Yang Ku Mahu.

4. Dalam pada keseronokan menikmati kemerduan suara anak kelahiran Kuala Lumpur itu, suasana acara menjadi sugul seketika apabila Ernie memaklumkan bapa mentuanya, Mohd Fodzly, yang ketika itu sedang ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan jangkitan kuman pada paru-paru

5. Suasana kembali meriah apabila suaminya, Syamel yang duduk di kerusi penonton secara tiba-tiba membuka mulut dan payung lagu duet popular mereka, Goodbye Hello kepada penonton.

6. Energi yang diberikan penonton tidak sekali pun nampak lesu apabila mereka turut sama menyanyi dan berjoget sepanjang 10 lagu dipersembahkan. Terbaik penonton memang sporting.

7. Mengejutkan lagi apabila, ada peminat yang datang jauh dari Melaka dan Johor demi menyaksikan persembahan solo penyanyi kesayangan mereka. Terbaik lah fans Ernie!

8. Ernie turut membuat penonton terhibur apabila dia sempat belanja ‘posing’ atas pentas dengan dua busana yang digayakan pada malam itu hasil rekaan pereka terkenal iaitu Khuntum dan Teh Firdaus.

9. Showcase tersebut bertambah bermakna apabila turut kelihatan beberapa selebriti yang hadir antaranya Ara Johari, Wany Hasrita, Ben Amir, Amelia Henderson, Sissy Iman dan ramai lagi.

10. Usai persembahan, beberapa peminat bertuah berpeluang bersama Ernie dalam sesi meet and greet. “She always all out,” ringkas kata seorang peminat kepada Gempak.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.
Hiburan

Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!

gempak
14/03/2024
00:55 MYT
Syamel sentiasa berwaspada
Hiburan

GMWA2023: Danial Kifli Berdebar Bersaing Dengan Aina Abdul - "Kalah Atau Menang Saya Dah ..."

gempak
16/02/2024
12:00 MYT
Danial Kifli berdebar dengan senarai pencabarnya.