“Semua Yang Berlaku Ada Hikmah” - Bekas Suami Irma Hasmie
Asyikin Mayudin
20/06/2024 00:55 MYT
20/06/2024 00:55 MYT
Bekas suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Ucapan Terima Kasih
Menerusi hantaran di Instagram, Redza mengucapkan terima kasih kepada dua anak dan isteri iaitu Fiza atau dikenali sebagai Cacha Salim kerana menjadi sumber kekuatan diri.
"Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengeratkan hubungan, bina kualiti masa dan perhubungan.
"Semua yang berlaku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, insya-Allah,” katanya.
Kongsi Foto Keluarga
Pada perkongsian yang sama, Redza turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan momen mereka sekeluarga ketika bercuti dan berkelah.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan kebahagian buat Redza dan keluarganya.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Titip Doa Buat Irma Hasmie - “Wanita Yang Menjaga Aib Suami, Semoga Kuat & Dipertemukan Kebahagiaan Sejati”
Imbas kembali, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Irfhan, 11, dan Irma Nur Naylie, 10.
Bagaimanapun, pasangan itu disahkan sudah berpisah sekitar Oktober tahun lalu selepas berita perceraian dimaklumkan oleh rakan Irma yang dikenali sebagai Reen Emran menerusi hantaran IG Story.
Redza kemudian mengumukan sudah menamatkan zaman duda pada April lalu bersama wanita bernama Fiza.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga