Laman Utama

Status Rumah Tangga Cetus Tanda Tanya Ekoran Perkongsian Instagram, Irma Hasmi Mohon Maaf

gempak
Syafiqah Jalal
04/08/2023
09:39 MYT
Sponsor Banner
Status Rumah Tangga Cetus Tanda Tanya Ekoran Perkongsian Instagram, Irma Hasmi Mohon Maaf
Semalam kecoh apabila hos dan pelakon Irma Hasmie membuat perkongsian ayat yang mengundang perhatian sehingga mencetuskan persoalan ramai tentang status perkahwinannya.
Ayatnya di dalam sekeping foto yang dimuat naik ke Instagram meminta supaya tidak diajari supaya bersabar setelah banyak perkara yang dilalui termasuk melahirkan zuriat.
“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah," katanya.
Pun begitu, setelah ramai yang mula berteka-teki serta membuat pelbagai andaian dan spekulasi terutama tentang rumah tangganya, Irma tampil meminta maaf dan memberi komen.
"Maaf semua, kebaikkan itu datang dari Allah dan keburukan itu adalah dari diri saya sendiri," balasnya ringkas secara am.
Namun dia sempat juga membalas salah satu komen di dalam hantaran tersebut apabila seorang pengikutnya memberitahu ramai yang memberikan komen negatif dan toksik.
Irma berkata setiap respon yang diberikan itu melambangkan peribadi seseorang.
"Kadang-kadang, bagaimana kamu respon pada situasi itu melambangkan segalanya tentang karakter seseorang. Semoga semua dalam keadaan baik dan terkawal," katanya.
Tinjaun Gempak ke akaun Instagram miliknya, sudah lama tidak berkongsi gambar suaminya dan kebanyakan foto hanya bersama dua orang anaknya.
Terdahulu Irma mendirikan perkahwinan dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan sembilan tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live