Viral

Suami Kongsi Gambar Nikah, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Buat Irma Hasmie

gempak
Gempak
28/04/2024
14:54 MYT
Sponsor Banner
Suami Kongsi Gambar Nikah, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Buat Irma Hasmie
Nama pelakon Irma Hasmie tiba-tiba menjadi bualan apabila suaminya, Redza Syah Azmeer memuat foto dipercayai foto pernikahan bersama seorang wanita.
Menerusi Instagram, Redza menulis menulis kapsyen dengan memberi bayangan mengenai perjalanan baharu dengan wanita berkenaan.
“Bismillah. Perjalanan baharu bermula. Fokus adalah keluarga, karier dan masa hadapan bersama. Semoga Allah membalas kebaikan untuk doa-doa kalian.
“Semoga Allah SWT makbulkan segala doa-doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari,” tulisnya.
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Antaranya:
Sungguhpun begitu, Irma tidak memberikan sebarang respons baik secara lisan mahupun menerusi perkongsian di laman sosial.
Namun, menerusi satu hantaran di Instagram, beberapa peminat dilihat memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Sekitar tahun lalu, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Irma dan suami sedang bergolak susulan jarang memuat naik foto bersama.
Malah menerusi satu temu bual sebelum ini, Irma turut enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah bercerai kerana tidak mahu bercakap soal kisah peribadinya.
Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Tangga Didakwa Bergelora, Irma Hasmie Mohon Netizen Jangan Mudah Menilai - "Saya Hanya Berkongsi ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Status Rumah Tangga Cetus Tanda Tanya Ekoran Perkongsian Instagram, Irma Hasmi Mohon Maaf

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live