Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sengaja Atau Tidak Sengaja, Suami Wajib Bayar Hutang Nafkah Tertunggak” - Ustaz Azhar Idrus

Khairil Khusyairi
10/10/2024 07:25 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum suami berhutang nafkah dengan isteri.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Azhar tampil menjawab persoalan seroang individu yang bertanyakan apakah seorang suami wajib membayar semula nafkah tertunggak selama tiga hari.

Jelas Ustaz Azhar, suami wajib membayar semula hutang nafkah yang tertunggak walaupun sengaja atau tidak sengaja melainkan si isteri menghalalkan hutang tersebut.

“Jika suami tidak memberi nafkah kepada isterinya samada sengaja atau tidak sengaja maka ia menjadi hutang yang wajib dibayar oleh suami melainkan isterinya menghalalkan hutang tersebut.

“Jika sengaja tidak diberi nafkahnya maka suami itu berdosa dan jika tidak sengaja seperti jatuh miskin maka diberi tangguh sampai dia mempunyai harta maka wajib dibayarnya ketika itu,” jelas Ustaz Azhar.

Syeikh Ibnu Qasim pernah berkata dalam kitab Fathul Qarib, dan jika lemah suami dari memberi nafkahnya yakni nafkah esok harinya maka hendaklah isteri itu bersabar atas kemiskinannya itu dan belanjalah menggunakan hartanya dahulu atau dia berhutang dan jadilah harta tersebut hutang atas suami.

Maksudnya jika dilihat pada soalan nafkah harian isteri ialah RM50 maka suami dikira berhutang dengan isterinya sebanyak 3 hari nafaqah yaitu RM150 yang wajib suami membayar hutang tersebut apabila suami mempunyai harta dan hutang tersebut tidak hangus melainkan isteri yang menghalalkannya dengan sukarelanya.


ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Tahu Bekas Isteri Bekerja Sebagai Pelacur, Lelaki Ini Saman Dan Tuntut Nafkah Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 24 Anak Dari 3 Isteri, Rumah Lengkap Masjid, Lelaki Ini Habiskan RM85,000 Sebulan Untuk Nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"

#Suami Isteri #Hutang #Hukum #Nafkah #Sengaja #Tertunggak
;