Laman Utama

Sengketa Jamal Abdillah, Roslan Shah Berakhir! - "Dia Dah Minta Maaf, Saya Anggap Semua Dah Selesai"

Shahrin Zulkifle
30/09/2022
02:00 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh pengacara Roslan Shah berhubung insiden ‘perbalahan’ yang berlaku antara mereka baru-baru ini.
Jelas Jamal, biarpun permohonan maaf itu bukanlah dibuat secara terus kepadanya, namun dia tetap menerimanya dengan hati yang terbuka dan enggan memanjangkan isu tersebut.
“Saya dengan Lan (Roslan) kawan dah lama. Saya dah bagi tahu waktu itu saya tak boleh nak ikut permintaan dia, tapi dia pujuk juga. Bila dah timbul isu begini rasa tak seronok.
“Bagaimanapun, Roslan dah mintak maaf, tetapi bukan secara langsung pada saya, dia buat permohonan maaf itu kepada satu media lain. Saya terima dengan cara baik.
“Memohon maaf dan memaafkan adalah satu perkara yang baik. Dunia hiburan ini kecil je, buat apa nak gaduh-gaduhkan,” katanya.
Jamal ditemui pada sesi sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu menganggap isu berkenaan telahpun selesai dan dirinya hanya mahu memberikan fokus pada tawaran kerja nyanyian yang diterimanya.
"Saya anggap semuanya dah selesai, lebih baik fokus pada tawaran kerja nyanyian yang saya dah terima sekarang ni," tambahnya.
Terdahulu, perselisihan faham antara mereka berdua berlaku apabila Jamal didakwa menjadi punca Roslan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM33,000 susuluan ketidakhadiran penyanyi itu pada sebuah acara pameran ekspo yang berlangsung di Singapura, dua minggu lalu.
Bagaimanapun, difahamkan Roslan telah memohon maaf kepada Jamal sebelum dia berangkat mengerjakan ibadah umrah beberapa hari lalu.
Selain Jamal, Konsert Caggung Datuk Jamal Abdillah turut membariskan penyanyi tanah air seperti Amir Masdi, Amelina, Wany Hasrita, Aweera dan Khai Bahar.
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober depan itu memilih Dewan 2020, Kangar, Perlis sebagai lokasinya.
Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga bermula RM99 (Ghazal Untuk Rabiah), RM119 (Kepadamu Kekasih), RM299 (Seroja), RM499 (Kekasih Awal & Akhir) dan RM10,000 (VIP Box : 10 pax with Meet & Greet).
Untuk maklumat lanjut, layari www.zeelproduction.com atau nombor hotline 012-3530611.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Erma Fatima Mohon Maaf Guris Hati Orang Singapura Tapi Tetap Pendirian Terhadap Sarah Yasmine

gempak
02/05/2024
11:55 MYT
Erma Fatima mohon maaf.
Hiburan

Amelina Harap Bella Astillah Kuat Demi Anak-Anak - “Ingat Orang Luar Tak Selamanya Bersimpati Dengan Kita”

gempak
08/04/2024
05:30 MYT
Doakan Bella sentiasa kuat bersama anak-anak.
Hiburan

Sarat Dengan Mesej & Penuh Emosi, Ini 9 Iklan Raya 2024 Yang Best Untuk Ditonton!

gempak
06/04/2024
08:55 MYT
Memang best!
Hiburan

Lega Dah Habis SPM, Zaki Yamani Mahu Sambung Belajar - “Berangannya Nak Ambil Bahagian Komposer…”

gempak
21/03/2024
06:55 MYT
Insya-Allah.
Hiburan

Sebut Nama Khai Bahar, Netizen Terhibur Lihat Telatah Comel Aafiyah!

gempak
13/03/2024
08:00 MYT
Sepotong video yang memaparkan telatah anak beranak penyanyi no 1 negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Aafiyah berjaya mencuri perhatian netizen.