Ratu dangdut Amelina menceritakan pengalamannya menggalas tugas sebagai seorang ibu tunggal.

Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 44, berkongsi kisah tersebut di sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Biarpun sibuk dengan tugasnya sebagai penyanyi dan penghibur, Amelina tetap menjalankan kewajipannya sebagai seorang ibu.

Membesarkan anak bersendirian selepas berpisah dengan suami, Amelina tetap tidak lupa untuk membawa anak-anaknya keluar bersiar-siar.

"Seorang diri membesarkan 6 orang anak, Kaklong ibarat peniaga sederhana.

"Basuh baju melambak setiap hari macam kat kedai dobi, setiap kali masak mesti periuk besar macam nak berniaga sarapan pagi tepi jalan.

"Kalau mengemas rumah, Kaklong dah macam tentera membersihkan tongkang pecah!

"Tapi nasib baik Kaklong ada vokal melaung, jerit sekali semua datang tolong...

"Sekarang Kaklong dah settle semua kerja di rumah. So rasanya kat mana tempat menarik nak bawak anak-anak Kaklong merayap jalan-jalan petang Ahad ni ek?! Korang ada idea tak?!" tulis Amelina.


Rata-rata peminat memuji kehebatan Amelina memikul tugas sebagai ibu tunggal kepada enam orang anak.

Ada netizen menyifatkan Amelina sebagai 'superwoman' dan mendoakan agar penyanyi ini selalu diberikan kekuatan untuk mencari rezeki demi anak-anak.