Laman Utama
“Sepatutnya Lahir Juga Pada Tarikh Yang Sama”- Bilal Hadiah Birthday Istimewa Neelofa
Selebriti popular, Neelofa akui anaknya Muhammad Bilal merupakan hadiah istimewa sempena hari jadinya hari ini.
Sempena ulang tahun kelahirkannya, Neelofa mendedahkan sepatutnya jangkaan Bilal lahir jatuh pada hari ini.
Namun Neelofa tetap gembira kerana aturan Tuhan disusun jauh lebih baik buatnya.
“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik..
“Hadiah teristimewa buatku , menjadikanku seorang ibu.. ,” katanya.
Neelofa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama Neelofa turut memuat naik tarikh lahir hasil dari ultrasound yang menunjukkan hari ini.
Pun begitu, Neelofa berharap Bilal akan menjadi anak yang soleh dan menguatkan kasih sayangnya bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz.
“Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah swt. Harta dunia akhirat Abah dan Ummi,” tulisnya lagi.
Neelofa melahirkan Puerta pertamanya pada 29 Januari lalu selepas mendirikan rumah tangga dengan Haris pada Mac, 2020.
Must-Watch Video